Belanjawan 2024 langkah pertama daripada pelan Melakar Hala Tuju SG: DPM Wong

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong di MCI pada 12 Jul 2023. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong akan menyampaikan Kenyataan Belanjawan Negara di Parlimen pada pukul 3.30 petang, esok (16 Feb).
Dalam catatanya di Facebook pada Khamis (15 Feb), Encik Wong berkongsi bahawa Belanjawan kali ini merupakan langkah pertama daripada pelan Melakar Hala Tuju SG.
Belanjawan tersebut akan memastikan Singapura akan terus maju, melengkapkan rakyat untuk mencapai potensi penuh mereka dan memberi lebih banyak jaminan kepada keluarga serta warga emas di tengah-tengah dunia yang mengalami pelbagai masalah.
Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Khamis mengeluarkan data ekonomi suku tahun.
Singapura mengekalkan unjuran pertumbuhan bagi 2024 pada julat antara 1 hingga 3 peratus, menurut data pada Khamis (15 Feb), yang menunjukkan ekonomi tumbuh dengan lebih perlahan daripada yang dijangkakan tahun lalu.
Tema bagi Belanjawan tahun ini adalah Membina Masa Hadapan Kita Bersama.
BACA:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.