Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2024: Kelajuan jalur lebar internet di kebanyakan rumah 10 kali lebih pantas jelang 2030 untuk sokong AI, media imersif

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan 2024: Kelajuan jalur lebar internet di kebanyakan rumah 10 kali lebih pantas jelang 2030 untuk sokong AI, media imersif

(Gambar: TODAY/Ooi Boon Keong)

Diterbitkan : 16 Feb 2024 05:08PM Dikemas Kini : 17 Feb 2024 12:38AM
SINGAPURA: Khidmat jalur lebar internet di kebanyakan rumah akan 10 kali lebih pantas dalam separuh kedua dekad ini untuk menyokong teknologi sedang membangkit seperti Kecerdasan Buatan (AI).

Mengumumkannya semasa membentangkan Belanjawan pada Jumaat (16 Feb), Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata Rangkaian Jalur Lebar Nasional akan dipertingkat sehingga 10 gigabit setiap saat (Gbps).

Ia adalah 10 kali lebih laju berbanding kelajuan internet di kebanyakan isi rumah sekarang.

Rangkaian yang dipertingkat itu, katanya, akan dilaksanakan dmelalui peruntukan sumber tambahan "untuk menarik pelaburan".

MENGAPA IA PENTING

Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, menjelaskan bahawa langkah tersebut akan memastikan bahawa ketersambungan infrastruktur Singapura mampu menyokong teknologi seperti AI dan media imersif, yang akan digunakan dengan lebih luas pada masa depan.

"Selain menarik pelaburan baharu, kami harus mengukuhkan kekuatan sedia ada, dan menambah baik sektor di mana kami mempunyai kelebihan daya saing," katanya.

Selain komitmen berterusan terhadap sektor kajian dan pembangunan (R&D), Singapura juga kata Encik Wong perlu "menggunakan kuasa teknologi sepenuhnya di semua sektor utama".

AI bukan sahaja tentang ChatGPT atau Model Bahasa Besar (LLM), kata Encik Wong.

Model Bahasa Besar adalah program komputer yang belajar dan menghasilkan bahasa serta kandungan dengan memproses jumlah data yang banyak.

ChatGPT, yang menjadi popular di Singapura tahun lalu, adalah satu contoh model demikian.

"Ia mempunyai potensi untuk merubah pelbagai industri dan meningkatkan daya penghasilan pada proses sedia ada, merangkumi penghasilan ubat baharu, hingga kepada mengurus gudang dan memandu kenderaan," tambahnya.

PELABURAN S$1 BILION DALAM AI SELAMA 5 TAHUN AKAN DATANG

Mesikpun Singapura dilihat sebagai pemain serius dalam pembangunan AI, Encik Wong berkata Pemerintah menyasarkan "untuk melangkah lebih jauh" dan mencapai kejayan baharu, serta menarik pelaburan sektor privet pada masa depan.

Rancangan tersebut sudah dibentangkan pada Strategi AI Nasional Singapura (NAIS) 2.0, yang diumumkan pada Disember tahun lalu.

Ia termasuk sasaran seperti memanfaatkan AI "sepenuhnya" dalam industri, pemerintah, penyelidikan, serta menarik penyelidik dan jurutera "bertaraf tinggi" untuk bekerja di Singapura.
Untuk menyokong strategi itu, Encik Wong mengumumkan pelaburan lebih S$1 bilion dalam pembangunan perkiraan, bakat dan industri AI sepanjang lima tahun akan datang.

Sebahagian daripada pelaburan tersebut akan digunakan untuk memastikan Singapura mempunyai akses kepada cip canggih, yang penting bagi pembangunan dan penggunaan AI.

"Kami juga akan bekerjasama dengan syarikat terkemuka di Singapura dan merata dunia untuk menubuhkan pusat-pusat AI cemerlang di sini. Kami mahu pusat-pusat ini memacu kerjasama dan inovasi industri, serta menjana nilai pembuatan lebih tinggi di seluruh ekonomi.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan