Belanjawan 2024: Cukai hartanah lebih rendah susuli julat nilai tahunan dinaikkan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Beberapa pemilik rumah akan membayar cukai hartanah lebih rendah, apabila julat nilai tahunan (AV) hartanah penghuni-pemilik rumah dinaikkan tahun depan.
Mulai 1 Januari 2025, had julat AV paling rendah akan dinaikkan daripada S$8,000 kepada S$12,000. Had tertinggi pula dinaikkan daripada S$100,000 kepada S$140,000. Penyesuaian yang sepadan akan dibuat bagi peringkat lain.
Ia bermakna pemilik rumah boleh menjangkakan cukai hartanah yang sama atau lebih rendah bagi setiap julat, jika tiada perubahan pada AV mereka sebelum sebarang rebat diberikan.
Cukai hartanah dikira mengikut AV, berdasarkan anggaran sewa tahunan jika hartanah itu disewakan. Rumah didiami pemilik dikenakan cukai lebih rendah.
Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada Jumaat (16 Feb).
Perubahan itu akan memastikan mereka yang menetap di hartanah nilai tinggi terus membayar cukai yang saksama, kata Encik Wong.
Meskipun pemerintah menjangkakan cukai hartanah untuk memberi kesan kepada 7 peratus penghuni-pemilik rumah nilai tinggi, kenaikan AV menjejas hampir 13 peratus penghuni-pemilik rumah keseluruhannya.
Kenaikan itu disebabkan trend pasaran, kata Encik Wong.
Sebelum ini, pemerintah mengumumkan rebat untuk mengurangkan kesan perubahan cukai hartanah tahun ini. Ia akan diteruskan untuk mengawal pasaran hartanah fan satu lagi rebat mungkin ditawarkan tahun ini jika perlu, tambah Encik Wong.
Untuk membantu pesara yang tinggal di hartanah mewah dan berdepan masalah kewangan, Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) akan menawarkan pelan bayaran bulanan 24 bulan tanpa faedah.
KEMAS KINI PADA CUKAI SETEM PEMBELI
Pada masa ini, pasangan warga Singapura yang sudah bernikah boleh mendapatkan bayaran balik
cukai setem tambahan pembeli (ABSD), bagi hartanah kedua, jika mereka menjual hartanah pertama dalam tempoh enam bulan.
Untuk membantu warga emas yang ingin mendapatkan "saiz rumah yang sesuai", konsesi ABSD itu akan dilanjutkan kepada warga bujang yang berusia 55 tahun dan ke atas.
Ia berkuat kuasa serta merta pada Jumaat.
Mereka boleh menuntut bayaran balik jika mereka menjual hartanah pertama dalam tempoh enam bulan, selepas membeli hartanah privet gantian nilai rendah.
Pemaju juga boleh meraih manfaat daripada rejim ABSD yang dikemas kini.
Pada masa ini, pemaju diberikan pelepasan cukai jika mereka menjual semua unit projek mereka dalam tempoh masa penjualan yang ditetapkan.
Namun, pemaju kadangkala berdepan masalah untuk memenuhi syarat garis masa tersebut, dan harus membayar
balik jumlah penuh ABSD.
Dengan kemas kini tersebut, pemaju yang menjual sekurang-kurangnya 90 peratus unit bagi setiap projek dalam tempoh garis masa penjualan yang ditetapkan, mempunyai kadar pembayaran balik ABSD yang lebih rendah.
Kemas kini itu juga memastikan bekalan rumah disediakan dengan segera, sambil memberi pelonggaran kepada pemaju, tambah Encik Wong.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.