Belanjawan 2024: Bantuan sosial, penekanan pada kemahiran sepanjang hayat paling menonjol: AP Melayu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong telah menggariskan langkah-langkah yang mesti diambil sebagai respons terhadap cabaran-cabaran masa hadapan dan perubahan pada aspirasi rakyat.
Wartawan Nazirah Jamzuri dan Nur Arina Ahmad Anis sempat mendapatkan mendapatkan reaksi dua Anggota Parlimen mengenai peruntukan Belanjawan kali ini.
Menurut mereka, bantuan sosial dan jagaan kesihatan yang dipertingkat serta penekanan pada kemahiran sepanjang hayat antara yang paling menonjol dalam Belanjawan kali.
Menurut mereka, ini akan memberi manfaat kepada rakyat Singapura dan membantu mereka menangani keprihatinan tentang kos sara hidup mereka.
Selain itu, ia juga memberikan lebih jaminan kepada keluarga dan golongan warga emas.
"Saya rasa Belanjawan tahun ini sangat memberangsangkan terutama sekali bagi pelajar-pelajar atau mereka yang mahu belajar semula dan ini adalah penting kerana jika kita lihat dari segi pendidikan. Pendidikan itu adalah sesuatu yang sepanjang hayat.
"Jadi saya rasa dengan adanya skim-skim sebegini, kita boleh meningkatkan lagi kemahiran dalam masyarakat kita, terutama sekali dalam bidang-bidang yang kita tidak tumpukan dahulu. Jadi ini penting," kata Anggota Parlimen bagi GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal, yang juga Ahli Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Pendidikan (GPC) dan Kesihatan.
Anggota Parlimen bagi GRC Sembawang Cik Mariam Jaafar pula berkata bantuan sokongan yang dibentangkan akan memberi kesan jangka panjang.
"Saya rasa apa yang menonjolkan bagi saya adalah dari segi ketara Belanjawan ini saya rasa menyasarkan sokongan kepada tempat-tempat yang betul dan membolehkan beberapa perubahan struktural seperti ComLink+ seperti sokongan untuk penjagaan anak, sokongan buat warga emas, dan pelaburan dalam Program Peningkatan SkillsFuture.
"Ini semua seumpama perubahan struktur dan bukan sahaja bantuan sokongan tetapi akan mendapat impak yang berterusan dan itu yang saya amat terharu dalam belanjawan kali ini," kata AP GRC Sembawang dan juga ahli GPC bagi Pendidikan serta Kewangan dan Perdagangan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.