Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2023: Yuran pendaftaran tambahan lebih tinggi, had rebat bagi pemilik kereta mewah

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan 2023: Yuran pendaftaran tambahan lebih tinggi, had rebat bagi pemilik kereta mewah

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 14 Feb 2023 10:27PM Dikemas Kini : 16 Feb 2023 01:01PM
SINGAPURA: Pemilik kereta mewah bakal membayar harga lebih tinggi bagi kenderaan mereka dengan penyesuaian kepada yuran pendaftaran tambahan (ARF).

Menteri Kewangan Lawrence Wong mengumumkannya pada Selasa (14 Feb) semasa membentangkan Belanjawan 2023.

Kadar ARF akan disesuaikan "bagi membezakan kereta mewah dengan lebih baik", kata beliau.

Pembeli kereta dengan nilai pasaran terbuka (OMV) lebih S$40,000 akan membayar kadar ARF yang tinggi berbanding sekarang, kata Encik Wong di Parlimen.

YURAN PENDAFTARAN TAMBAHAN YANG DISEMAK SEMULA

Kenderaan dengan OMV melebihi S$80,000, akan menyaksikan kadar ARF baru sebanyak 320 peratus OMV, daripada 220 penaik daripada 220 peratus, menurut kenyataan media yang dikeluarkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Bagi kenderaan dengan OMV melebihi S$40,000 hingga S$60,000, kadar ARF yang disemak semula ialah 190 peratus OMV, manakala kenderaan dengan OMV melebihi S$60,000 sehingga S$80,000 akan dikenakan kadar ARF baru sebanyak 250 peratus OMV.

HAD YURAN REBAT PENDAFTARAN TAMBAHAN TERPILIH

Pemerintah akan juga meletakkan had bagi rebat ARF Pilihan (PARF) sebanyak S$60,000 untuk "mengelak rebat yang berlebihan bagi kereta mahal apabila pendaftarannya dibatalkan".

Rebat PARF kini membentuk sebahagian peratusan ARF yang perlu dibayar.

Struktur ARF baru dan had ARF Pilihan akan dikuatkuasakan dalam tender Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE), untuk pusingan seterusnya pada Februari 2023.

Bagi kereta yang tidak perlu COE, seperti teksi, struktur ARF yang disemak semula ditetapkan bagi kenderaan yang berdaftar pada atau selepas 15 Februari 2023.

Bagi kereta sedemikian, had ARF pilihan akan ditetapkan bagi yang berdaftar pada atau selepas 15 Februari 2023, yang kemudiannya dibatalkan pendaftarannya dalam tempoh kelayakan ARF pilihan tersebut.
Sumber : CNA/SS/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan