Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2023: Skim-skim bantuan pemerintah sangat bermanfaat

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Membantu menyeluruh yang dapat membantu menangani kos sara hidup dan membina keluarga.

Demikian sentimen beberapa warga Singapura yang ditemui BERITAmediacorp.

Dalam Belanjawan 2023 yang dbentangkan pada Selasa (14 Feb) pemerintah mengumumkan pelbagai bantuan bagi membantu rakyat Singapura menangani kos sara hidup yang meningkat dan inflasi.

Antara yang diumumkan adalah pembayaran kos sara hidup sekali sahaja sebanyak S$200 hingga S$400 kepada lebih 2.5 juta warga Singapura yang layak.

Ini di samping Skim Baucar GSTV, Pakej Jaminan dan Baucar CDC yang dipertingkat untuk membantu rakyat menangani kenaikan inflasi dan GST.

"Dengan bantuan pembayaran GST, ia membantu dari segi keperluan seharian, barangan dapur, makanan untuk kita," kata Encik Muhammad Burhan Jumadi, seorang penganjur acara berusia 28 tahun.

Sentimen serupa dikongsi Cik Melati Awang, 56 tahun.

"Saya berterima kasih dan gembira kerana mendapat bantuan ini kerana meringankan beban yang kita ada. Bantu sedikit dengan perbelanjaan kita," kata Cik Melati.

Bagi Encik Mohamed Ghazali Mohamed Noh pula, sokongan yang diterima membantu menambah pendapatan bulanannya yang buat masa ini hanya melalui pembayaran bulanan CPF.

"Apa yang Belanjawan berikan sangat, sangat baik untuk rakyat. Sekurang-kurangnya kita boleh berbangga. Lebih banyak yang diberikan, sudah tentu lebih baik," jelas pesara berusia 68 tahun itu.

LEBIH SOKONGAN UNTUK PEMBESARAN ANAK

Sokongan untuk meringankan pembiayaan keluarga-keluarga turut dialu-alukan.

Antaranya termasuk Hadiah Tunai Bonus Bayi antara S$11,000 hingga S$13,000, geran sokongan S$3,000 yang akan dilanjutkan dan peningkatan kepada Akaun Pembangunan Kanak-Kanak (CDA). 

Antara mereka yang gembira dengan bantuan tersebut ialah Cik Nurharyanti Sahari, 35 tahun, seorang ibu bekerja yang mempunyai dua cahaya mata.

"Sokongan untuk tokokan CDA ini saya rasa ia akan membantu dengan yuran sekolah anak saya yang sekarang di tajaka sepenuh masa," kata Cik Nurharyanti.

Encik Naqiuddin Mohd Wahid, 29 tahun, pula tertarik dengan Hadiah Tunai Bonus Bayi yang dapat membantunya  menangani kos membesarkan anak.

"Saya rasa penambahan S$3,000 sangat bermanfaat bagi kami dan bayi juga kerana ia memberi sokongan kewangan kepada masa depan bayi," kata Encik Naqiuddin, yang bertugas dalam bidang bioteknikal.

Inisiatif pemerintah untuk menggandakan tempoh cuti bapa dibayar turut dialu-alukan.

"Penambahan dua minggu untuk para bapa ia membantu kami untuk meluangkan lebih masa untuk menjaga anak-anak dan isteri," tambah Encik Naqiuddin.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan