Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2023 persiap SG maju dalam era pascapandemik, kata PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan 2023 persiap SG maju dalam era pascapandemik, kata PM Lee

PM Lee Hsien Loong di Sidang ASEAN Campur Tiga ke-24. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 06 Mar 2023 11:26PM Dikemas Kini : 06 Mar 2023 11:27PM
BERITAmediacorp: Belanjawan tahun ini akan mempersiapkan Singapura untuk maju dalam era pascapandemik.

Ini terutama sekali dengan adanya pelbagai cabaran, termasuk pertumbuhan ekonomi lebih perlahan, inflasi lebih tinggi dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata demikian dalam catatannya di Facebook pada lewat Isnin (6 Mac).

Catatan tersebut dimuat naik selepas berakhirnya perbahasan Jawatankuasa Perbekalan di parlimen bagi Belanjawan 2023 pada petang hari berkenaan.

"Sepanjang minggu lalu, para Anggota Parlimen (AP) meneliti rancangan dan perbelanjaan yang diusulkan bagi setiap Kementerian dalam Belanjawan 2023.

"Beratus-ratus isu dibangkitkan dan diteliti, dengan sebilangannya mendapat lebih banyak perhatian berbanding yang lain.

"Dalam ucapan rumusannya, Ketua Dewan Indranee Rajah menarik perhatian bahawa dasar-dasar serta strategi-strategi yang dibahaskan dan diluluskan akan membantu kita mengharungi dunia yang lebih rumit dan jauh berbeza daripada yang kita semua tahu sebelum pandemik melanda," tulis PM Lee.

Dalam catatan tersebut, PM Lee juga melahirkan rasa terima kasihnya kepada mereka yang menyumbang dan memastikan prosiding berjalan lancar.

"Kita semua memainkan peranan dalam membentuk sebuah Singapura yang lebih baik buat diri kita dan orang tersayang," tekan PM Lee.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan