Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2023: 'Penyepadu pekerja-kemahiran' baru bantu majikan pertingkat latihan, penempatan pekerja

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Feb 2023 07:10PM Dikemas Kini : 14 Feb 2023 11:34PM
SINGAPURA: Para majikan akan mempunyai sumber baru untuk dimanfaatkan bagi memastikan latihan dan penempatan yang lebih baik untuk para pekerja dalam industri masing-masing tidak lama lagi.

Entiti baru itu, yang dikenali sebagai penyepadu pekerjaan dan kemahiran, akan dilantik dan dilengkapi dengan kemahiran sebagai "perantara pasaran buruh" yang boleh bekerjasama dengan rakan kongsi industri, latihan dan pemudahan pengambilan perja bagi mengoptimumkan penempatan latihan dan pekerjaan.

Demikian menurut Menteri Kewangan Lawrence Wong pada Selasa (14 Feb).

Menyampaikan ucapan Belanjawannya di Parlimen, Encik Wong berkata bahawa penyepadu itu boleh terdiri daripada institusi yang sedia ada, tetapi mereka akan mempunyai tanggungjawab dan hasil baru untuk disampaikan.

"Misalnya, penyepadu pekerjaan-kemahiran akan mendampingi perusahaan untuk memahami jurang tenaga kerja dan kemahiran dalam industri itu," ujar Encik Wong, yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri.

"Mereka perlu bekerjasama dengan penyedia latihan untuk memberi kemas kini mengenai program-program latihan sedia atau atau membangun program-program baru bagi mengurangkan jurang kemahiran tersebut."

Penyepadu itu juga akan bekerja rapat dengan agensi pemudahan pengambilan pekerja, meraih sokongan daripada rakan-rakan industri dan kesatuan-kesatuan dan mengenal pasti individu dengan kebolehan yang sesuai untuk latihan, tambah Encik Wong.

Beliau menekankan, ini terutama sekali penting untuk mereka memastikan latihan berhasil membawa kepada prospek pengambilan pekerja dan gaji yang lebih baik.


Penyepadu pekerjaan-kemahiran tersebut akan dirintis dalam sektor kejuruteraan jitu, runcit dan perdagangan borong, di mana "terdapat lebih ramai pekerja lanjut usia dan SMEs (perusahan kecil dan sederhana)".

Maklumat lanjut akan dikongsi semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pendidikan yang akan datang.

BANTUAN BAGI WARGA EMAS YANG INGIN TERUS BEKERJA

Langkah-langkah lain yang juga diperkenalkan dalam Belanjawan 2023 pada Selasa adalah untuk menyokong para majikan dalam mengambil pekerja daripada demografi yang tertentu.

Untuk menyokong warga emas yang berhasrat untuk terus bekerja, Kredit Pekerjaan Warga Emas akan dilanjutkan sehingga 2025 untuk terus menyediakan imbangan gaji kepada majikan yang menggajikan pekerja sedemikian.

Kredit Pekerjaan Warga Emas yang diumumkan dalam Belanjawan Perpaduan 2020, pada mulanya berkuat kuasa dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2022.

Semasa tempoh ini, para pekerja menerima sehingga lapan peratus gaji yang dibayar kepada para pekerja rakyat Singapura yang berusia 55 dan ke atas, bergantung kepada usia dan gaji pekerja itu.

Imbangan gaji itu tertakluk kepada pekerja sedemikian yang mendapat meraih pendapatan bawah S$4,000 setiap bulan, dengan lebih banyak bantuan diberi kepada para majikan yang menggajikan pekerja lebih lanjut usia.

Selain itu, Geran Pengambilan Bekerja Semula secara Sambilan juga akan dilanjutkan sehingga 2025 untuk mengalak para majikan "menawarkan pengambilan bekerja semula secara sambilan, aturan kerja fleksibel yang lain dan perancangan kerjaya yang berstruktur kepada pekerja warga emas," tambah Encik Wong.

Permohonan bagi geran tersebut berakhir pada 31 Disember 2022.

Langkah-langkah tersebut akan menyokong langkah-langkah sedia ada yang lain, seperti menaikkan usia persaraan dan pengambilan bekerja semula, untuk membantu pekerja warga emas dan majikan mereka.

KEMAJUAN, GAJI LEBIH BAIK BAGI PEKERJA BERPENDAPATAN RENDAH

Encik Wong juga mengumumkan bahawa Pemerintah akan mengekalkan bahagian yang dibiayai bersama, yang dipertingkatkan bagi Skim Kredit Gaji Progresif (PWS).

Pada Jun 2022, PWCS dipertingkatkan dengan menaikkan bahagian dana yang dibiayai bersama oleh Pemerintah dari 50 ke 75 peratus bagi pekerja dengan gaji bulanan kasar sehingga S$2,500 dalam tahun kelayakan 2022. Tempoh pembayaran tersebut adalah pada suku pertama 2023.

Bahagian yang dibiayai bersama itu juga akan meningkat dari 30 kepada 45 peratus bagi para pekerja dengan gaji bulanan kasar lebih S$2,500 dan sehingga S$3,000 dalam tahun kelayakan 2022, dengan tempoh bayaran yang serupa.

Pengumuman pada Selasa bermakna bahawa Pemerintah, dalam suku pertama 2024, akan meneruskan pendanaan bersama bagi golongan pekerja yang sama dalam tahun kelayakan 2023.

BANTUAN UNTUK GAJIKAN ORANG KURANG UPAYA, BEKAS PESALAH

Untuk menyokong para majikan yang menggajikan golongan kurang upaya, Pemerintah akan mempertingkat Kredit Menyokong Pengambilan Pekerja Kurang Upaya untuk menampung sebahagian lebih besar gaji dan tempoh yang lebih panjang bagi pekerja yang tidak bekerja sekurang-kurangnya enam bulan.


Kredit Menyokong Pengambilan Pekerja Kurang Upaya kini diberikan kepada para majikan yang menggajikan rakat Singapura kurang upaya yang berusia 13 tahun dan ke atas dan meraih pendapatan bawah S$4,000 setiap bulan.

Encik Wong menarik perhatian bahawa insentif kewangan hanyalah "satu cara untuk kami membantu mereka yang kurang upaya dan bekas pesalah".

Beliau menambah bahawa kita juga memerlukan usaha khusus menerusi pertubuhan-pertubuhan seperti SG Enable, Reben Kuning Singapura (YRSG) dan rakan-rakan masyarakat mereka, serta memupuk kerjasama yang rapat dengan para pekerja untuk menyediakan peluang pekerjaan yang bermakna bagi orang kurang upaya dan bekas pesalah.
Sumber : CNA/SS/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan