Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2023: Cukai setem pembeli dinaikkan bagi hartanah bernilai lebih tinggi

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Feb 2023 07:55PM Dikemas Kini : 14 Feb 2023 11:27PM
SINGAPURA: Kadar cukai setem pembeli akan dinaikkan bagi kedua-dua hartanah kediaman dan bukan kediaman yang bernilai lebih tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong semasa menyampaikan Belanjawan pada Selasa (14 Feb).

Cukai setem pembeli adalah cukai yang dibayar bagi dokumen yang ditandatangani semasa seseorang membeli atau memperolehi hartanah di Singapura.

Bagi rumah-rumah, peratusan nilai berlebihan sebanyak S$1.5 juta dan sehingga S$3 juta akan dikenakan cukai lima peratus, naik berbanding kadar cukai empat peratus buat masa ini.

Nilai hartanah berlebihan sebanyak S$3 juta pula akan dikenakan cukai enam peratus.

Perubahan itu akan diguna pakai bagi semua hartanah yang diperolehi mulai Rabu (15 Feb) dan dijangka menjejas 15 peratus rumah-rumah di Singapura, kata Encik Wong, yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Terdapat peruntukan peralihan, di mana kadar cukai setem yang sedia ada akan diguna pakai bagi kes-kes di mana Pilihan untuk Membeli (OTP) diberikan kepada bakal pembeli pada atau sebelum 14 Februari.

OTP itu harus digunakan pada atau sebelum 7 Mac atau dalam tempoh kesahihan OTP, bergantung kepada yang mana lebih awal, tanpa sebarang perubahan dilakukan mulai 15 Februari.

Bagi hartanah bukan kediaman, peratusan nilai berlebihan sebanyak S$1 juta dan sehingga S$1.5 juta akan dikenakan cukai empat peratus, manakala nilai berlebihan S$1.5 juta akan dikenakan cukai lima peratus, naik berbanding tiga peratus buat masa ini.

Perubahan itu dijangka menjejas 60 peratus hartanah bukan kediaman.

"Ia dijangka menjana tambahan pendapatan sebanyak S$500 juta setiap tahun, namun nilai sebenar akan bergantung kepada keadaan pasaran hartanah," kata Encik Wong.

Cukai Pindah Milik Tambahan bagi Pembeli yang diguna pakai bagi pemerolehan saham dalam entiti pemegangan hartanah, akan dinaikkan daripada sehingga 44 peratus kepada 46 peratus, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan