Skip to main content

Singapura

Belanjawan 2023: Cukai eksais ke atas semua produk tembakau naik 15%, cegah penggunaan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah akan menaikkan cukai eksais ke atas semua produk tembakau sebanyak 15 peratus mulai Selasa (14 Feb). Ini sebagai langkah untuk mencegah penggunaannya.

Demikian menurut Menteri Kewangan Lawrence Wong dalam ucapan Belanjawannya.

Cukai eksais dikenakan bagi barangan yang dibuat di atau diimport ke Singapura.

Encik Wong berkata kenaikan tersebut dijangka menjana sekitar S$100 juta pendapatan tambahan setiap tahun.

Cukai tembakau itu kali terakhir dinaikkan pada 2018 apabila eksais ke atas rokok dan produk tembakau yang lain meningkat sebanyak 10 peratus.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pemerintah memperkenalkan langkah-langkah yang bertujuan untuk membanteras penggunaan tembakau. Ini termasuk mewajibkan pembungkusan yang diselaraskan serta amaran grafik kesihatan yang dipertingkat bagi kesemua produk tembakau yang dijual di Singapura serta meningkatkan usia minimum yang sah bagi merokok, iaitu dari 19 tahun pada 2019 kepada 21 tahun pada Januari 2021.

Sejak Julai tahun lalu, terdapat penguatkuasaan terhadap mereka yang merokok di tempat-tempat larangan termasuk kesemua taman awam, sebilangan tapak air dan 10 pantai rekreasi.
Sumber : CNA/SS/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita