Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2023 bentangkan bagaimana SG mampu jamin masa depan dalam dunia bergolak, kata DPM Wong

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Feb 2023 05:23PM Dikemas Kini : 13 Feb 2023 11:46PM
SINGAPURA: Belanjawan 2023 akan menggariskan bagaimana Singapura boleh menjamin masa depan pasca pandemik dalam dunia yang bergolak.

Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong pada Isnin (13 Feb).

Encik Wong akan membentangkan Belanjawan 2023 pada 3.30 petang Selasa (14 Feb).
Dalam satu catatan di Facebook, Encik Wong berkata Belanjawan yang bertemakan "Melangkah ke hadapan dalam era baru", akan membantu warga Singapura merebut peluang baru, mengukuhkan kompak sosial negara dan memberi jaminan kepada keluarga.

"Meskipun kita sudah bangkit bersama lebih kukuh daripada pandemik, kita kini harus bersiap sedia menghadapi masa depan pasca pandemik yang baru," kata beliau.

"Arah tuju masa depan tidak mudah. Namun, menerusi usaha kita bersama, dan kepercayaan yang kita ada antara satu sama lain, saya yakin kita akan berusaha dan menjamin masa depan lebih cerah bagi semua dan generasi akan datang."

Dalam satu video TikTok yang dimuat naik pada 10 Februari, Encik Wong sebelum ini menarik perhatian bahawa Pemerintah akan juga mengemas kini dasar-dasarnya berdasarkan maklum balas dan idea yang diberikan dalam sesi Melakar Hala Tuju SG.
Rancangan tersebut bakal diumumkan dalam kenyataan Belanjawan itu.

Encik Wong melancarkan Melakar Hala Tuju SG pada Jun 2022, sebaik saja beliau menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pemerintah sudah mendampingi lebih 14,000 warga Singapura menerusi 140 sesi yang diadakan secara online dan di estet kejiranan serta sekolah-sekolah, sebagai sebahagian daripada sesi Melakar Hala Tuju Singapura.

Kenyataan Belanjawan 2023 akan disiarkan secara langsung di Saluran 5, CNA, CNA938, Capital 958, laman web, YouTube serta Facebook CNA, 8 World News, YouTube dan Facebook 8 World News serta khidmat interaktif MeWatch Mediacorp.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan