Belanjawan 2023 bantu masyarakat kenal pasti peluang-peluang sedia ada: Dr Maliki
Gambar fail Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, di bengkel M³ pada 5 Dis 2021. (Gambar fail: Persatuan Rakyat)
SiINGAPURA: Belanjawan 2023 yang dibentangkan kelmarin (14 Feb) membolehkan rakyat mengenal pasti apakah apa peluang-peluang sedia ada walaupun keadaan ekonomi dunia masih mencabar.
Ini dilakukan dengan membolehkan masyarakat niaga mengembangkan perniagaan mereka menerusi sokongan dari pemerintah, meningkatkan kemahiran pekerja dan membina daya tahan masyarakat.
Demikian menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman dalam satu wawancara dengan stesen radio Warna 942 pada Khamis (16 Feb).
Dr Maliki berkata ekonomi yang bangkit daripada kesan pandemik mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dalam industri-industri yang kian berkembang.
Maka itu kata beliau, Singapura harus memastikan bahawa para pekerja berupaya untuk mengisi pekerjaan yang sedia ada dan kurangkan kebergantungan pada para pekerja asing.
Jadi usaha meningkatkan kemahiran para pekerja harus menjadi tumpuan dan mereka harus bersedia untuk keluar daripada zon selesa masing-masing.
"Sebagai sebuah negara yang maju, Singapura mempunyai cabaran untuk mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baru kerana kita menghadapi saingan dari negara lain.
"Oleh kerana itu, pelaburan yang datang ke Singapura merupakan pelaburan yang yang akan menghasilkan pekerjaan yang bertaraf tinggi dan dengan itu kita harus memastikan bahawa para pekerja kita berupaya untuk mengisi pekerjaan yang sedia ada. Dengan itu para pekerja kita harus memberi respons bahawa mereka berupaya dan bersedia untuk meningkatkan kemahiran mereka," kata Dr Maliki.
Daripada segi kompak sosial pula, Dr Maliki akur setiap lapisan masyarakat mempunyai cabaran yang tersendiri.
"Salah satu keprihatinan para penduduk kita ataupun warga kita ialah apabila kita meningkatkan kadar GST. Pemerintah telah pun memberi jaminan bahawa kita akan memberikan Pakej Jaminan, di mana bahawa kesan kenaikan kadar GST itu tidak akan dirasai oleh ramai di antara rakyat Singapura," kata Dr Maliki.
USAHA M³ DISELARASKAN BANTU MASYARAKAT
Dr Maliki turut berkata bahawa Belanjawan yang dibentangkan pada tahun ini menyediakan banyak peluang untuk masyarakat Melayu/Islam.
"Pertama, dari segi bagaimana kita meningkatkan keupayaan kita sebagai sebuah masyarakat, mengambil peluang-peluang sedia ada. Para pekerja kita hari ini merasakan bahawa kos sara hidup begitu tinggi, sukar untuk mereka mengimbangi apa-apa pendapatan mereka dan kos sara hidup.
"Salah satu aspek belanjawan yang mana kita membantu golongan keluarga atau isi rumah daripada golongan bawahan dan ini juga selari dengan apa yang kita lakukan di M³ di mana kita membantu mereka menerusi Projek Dian. Projek Dian membantu para keluarga yang tinggal di sewa HDB dan ini kita akan terus membantu mereka bukan sahaja menerusi pakej belanjawan ini, tapi juga menerusi program program yang kita sediakan," tambah beliau.
Selain itu, Projek Dian juga mendekati ibu bapa muda dan membantu mereka bagi memastikan anak-anak mereka mengikuti pendidikan prasekolah.
Para ibu bapa juga disokong daripada segi kemahiran membangunkan potensi anak-anak mereka.
"Kedua, kita lihat bagaimana pekerjaan merupakan satu aset penting dalam M³. Kita mempunyai program di mana kita menyalurkan mereka yang memerlukan pekerjaan dan juga memerlukan kemahiran baru menerusi program-program Mendaki."
Yang ketiga kongsi Dr Maliki adalah aspek penuaan masyarakat yang semakin ketara.
Penjagaan warga senja juga satu cabaran baru yang wujud dalam masyarakat Melayu/Islam dan keluarga menghadapi tekanan menjaga warga senja terutama yang mempunyai penyakit seperti demensia.
"Apa kita boleh lakukan menerusi dengan M³ ialah bagaimana kita boleh meningkatkan sumber masyarakat seperti para sukarelawan kita untuk mendekati keluarga-keluarga mempunyai warga senja kita untuk menyokong mereka kerana kita tahu ini adalah satu aspek baru. Bukan mudah untuk menjaga warga senja kita hari ini, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai cabaran kesihatan dan kita ingin menyokong keluarga sedemikian dan belanjawan Ini kali ini menunjukkan bahawa apa pemerintah memberi sumber-sumber kepada keluarga sedemikian," kata beliau.
Satu lagi isu adalah sumber pendapatan keluarga ataupun sumber ekonomi keluarga.
Banyak lagi isi rumah masyarakat Melayu/Islam mempunyai satu yang bekerja sahaja.
"Ramai kaum ibu yang tinggal di rumah dan tidak bekerja. Ini merupakan satu sumber yang saya rasa boleh kita akan cuba kecapi di mana kita membantu ibu-ibu ataupun kaum wanita yang ingin pulang ke tempat pekerjaan boleh disokong kerana ini akan meningkatkan sumber ekonomi keluarga dan dalam jangka masa yang sama meningkatkan keupayaan keluarga tersebut untuk menangani cabaran cabaran kos sara hidup kita dan ini menerusi M³, kita akan membantu," ujar beliau.
Dr Maliki berkata Mendaki sudah pun mempunyai program dan menerusi M³ untuk membantu wanita ini yang ingin pulang ke alam pekerjaan.
Beliau memberi contoh, "Misalnya, kalau ibu bapa yang ibu yang ingin keluar bekerja, kita akan membantu mereka mencari pusat-pusat penjagaan untuk anak-anak mereka. Jika ia keluarga yang berpendapatan rendah, anak-anak mereka boleh masukkan ke pusat tajaka dengan hanya yuran tiga dolar sebulan sahaja"
Beliau turut membincangkan sokongan bagi pasangan muda untuk membeli flat serta bonus bayi.
Wawancara bersama Dr Maliki itu boleh diikuti sepenuhnya di Facebook Mediacorp Warna 942.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.