Skip to main content

Singapura

Belanjawan 2020: Insentif tambahan galak guna kenderaan lebih mesra alam

Beberapa langkah diumumkan termasuk insentif tambahan untuk membeli kenderaan lebih mesra alam sedang Singapura mengorak langkah untuk mencapai visi bagi semua kenderaan menggunakan kuasa tenaga lebih bersih menjelang 2040.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Feb 2020 07:08PM Dikemas Kini : 18 Feb 2020 09:58PM

SINGAPURA: Beberapa langkah diumumkan termasuk insentif tambahan untuk membeli kenderaan lebih mesra alam sedang Singapura mengorak langkah untuk mencapai visi bagi semua kenderaan menggunakan kuasa tenaga lebih bersih menjelang 2040, demikian diumumkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat dalam ucapan Belanjawan 2020 hari ini (18 Feb).

Untuk mencapai visi itu, Pemerintah akan memperkenalkan Insentif Penggunaan Awal Kenderaan Elektrik, di mana mereka yang membeli teksi dan kereta elektrik sepenuhnya akan menerima rebat sehingga 45 peratus bagi Yuran Pendaftaran Tambahan (ARF).

Rebat itu dihadkan pada S$20,000.

Sementara itu, ada rancangan untuk menambah tempat-tempat mengecaj kereta elektrik kepada 28,000 di tempat-tempat letak kereta di seluruh Singapura, berbanding 1,600 yang ada sekarang.

USAHA JANGKA MASA PANJANG TANGANI PERUBAHAN IKLIM

Bagi usaha jangka masa panjang untuk menangani perubahan iklim, sebuah dana baru yang dinamakan 'Dana Perlindungan Kawasan Pantai dan Banjir' akan ditubuhkan.

Dana itu mendapat suntikan awal S$5 bilion bagi membanmelindungi Singapura daripada paras air laut yang meningkat.

Encik Heng berkata jumlah tersebut akan ditokok pada bila-bila masa apabila keadaan kewangan Singapura mengizinkannya.

Beliau mengulangi lagi komitmen Singapura untuk menangani perubahan iklim dan peranan yang dimainkan Singapura sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita