Skip to main content

Singapura

Belanjawan 2020: 10,000 saranan, pandangan diterima

Menjelang persiapan Belanjawan 2020 unit maklum balas pemerintah REACH menerima lebih 10,000 pandangan dan saranan dari 2 Disember 2019 hingga 10 Jan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan 2020: 10,000 saranan, pandangan diterima

Para pekerja di daerah perniagaan Raffles di Singapura. (Gambar fail: AFP/ROSLAN RAHMAN)

Diterbitkan : 05 Feb 2020 11:23PM Dikemas Kini : 18 Feb 2020 02:45PM

SINGAPURA, Menjelang persiapan Belanjawan 2020 unit maklum balas pemerintah REACH menerima lebih 10,000 pandangan dan saranan.

Tempoh maklum balas dari 2 Disember 2019 hingga 10 Januari lalu dilakukan Kementerian Kewangan (MOF) dengan kerjasama REACH dan Persatuan Rakyat (PA).

Belanjawan 2020 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 18 Februari.

Antara keprihatinan utama yang diutarakan adalah cara pemerintah dapat menyokong keluarga, warga emas dan pekerja dengan lebih baik.

Isu-isu berkaitan kebajikan keluarga muda, cukup bekalan persaraan dan latihan kemahiran menarik perbincangan hebat dengan rakyat Singapura menimbulkan cabaran dan bantuan yang amat diperlukan.

Satu lagi keprihatin yang diutarakan adalah berhubung kenaikan GST serta bagaimana Singapura dapat mencapai pembangunan mampan dan menangani perubahan iklim.  

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita