Belanja S$50, dapat S$4 baucar pulangan FairPrice
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: FairPrice Group mengumumkan pada Rabu (2 Okt) bahawa ia akan memberikan S$4 dalam bentuk baucar pulangan FairPrice kepada pembeli bagi setiap S$50 yang dibelanjakan dalam satu-satu urus niaga.
Promosi itu akan berlangsung dari 3 Oktober hingga 9 Oktober, dan dijalankan di kesemua cawangan FairPrice, FairPrice Finest dan FairPrice Xtra.
Promosi berkenaan juga dijalankan di semua cawangan Unity, kecuali kedai yang terletak di Lapangan Terbang Changi.
Pembeli boleh menerima sehingga tiga baucar pulangan bagi setiap urus niaga.
Ia boleh digunakan sehari selepas tarikh pemberian sehingga 31 Oktober tanpa sebarang pembelian minimum.
Ia juga boleh digunakan di kesemua cawangan FairPrice, kecuali di Unity Lapangan Terbang Changi.
"Memastikan barangan keperluan harian dalam jangkauan semua penduduk di Singapura adalah misi kami sejak lebih 50 tahun lalu," kata Vipul Chawla, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan FairPrice Group.
"Menerusi inisiatif baucar pulangan, kami mahu memberi jaminan kepada rakyat Singapura bahawa kami akan terus menyokong mereka pada masa-masa memerlukan, dan berusaha menjadikan kehidupan harian mereka dan akses kepada makanan sihat dan berkhasiat lebih mudah diraih setiap hari."
FairPrice Group menambah "promosi selama seminggu itu menyusuli gelombang inisiatif sejak permulaan tahun ini bagi membantu memastikan barangan keperluan harian adalah dalam jangkauan mereka."
Ini kali ketiga pada 2024 kumpulan itu memberikan baucar pulangan kepada pembeli.
Pada lewat Jun, kumpulan itu memberikan S$4 dalam bentuk baucar pulangan FairPrice kepada pembeli bagi setiap S$50 yang dibelanjakan menggunakan baucar CDC dalam satu-satu resit di mana-mana cawangan, dengan promosi itu berlangsung selama seminggu.
Ia juga memberikan baucar pulangan kepada pembeli bagi setiap $80 yang dibelanjakan menggunakan baucar CDC dalam satu-satu resit dalam tempoh dua minggu pada Januari.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.