Skip to main content

Singapura

Belalai air kelihatan di pantai selatan S'pura pada petang Ahad

Satu fenomena pusaran belalai air kelihatan di bahagian pantai selatan Singapura pada petang Ahad (6 Dis) di tengah-tengah cuaca hujan dan ribut.

Anggaran Waktu Membaca:
Belalai air kelihatan di pantai selatan S'pura pada petang Ahad

(Gambar: Pembaca Mediacorp)

Diterbitkan : 06 Dec 2020 07:42PM Dikemas Kini : 06 Dec 2020 07:45PM

SINGAPURA: Satu fenomena pusaran belalai air kelihatan di bahagian pantai selatan Singapura pada petang Ahad (6 Dis) di tengah-tengah cuaca hujan dan ribut.

Gambar-gambar yang dipetik oleh para pembaca Mediacorp menunjukkan belalai air di bawah awan kelabu yang gelap.

Seorang pembaca Mediacorp yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Dave berkata dia melihat belalai air itu dari balkoni apartmennya di Tanjong Rhu di Kallang.

Menurutnya, belalai air itu mula muncul selepas pukul 4.30 petang, ketika ribut sedang menjelma. Ia berterusan selama kira-kira 10 minit, katanya.

Belalai air itu kelihatan terletak antara Pulau Sebarok dengan Pulau Sekijang Bendera (St John's Island), kata Encik Dave, sambil menambah bahawa ia "kelihatan cukup statik namun mungkin sedang bergerak".

"Penggera kilat berbunyi dan selepas itu ribut mula menjelma. Dan (saya) terlihat belalai air itu apabila saya menjenguk ke luar," kata Encik Dave.

"Ia muncul, dan seolah-olah hilang di tengah-tengah lalu muncul semula lebih kencang."

Seorang lagi pembaca Mediacorp, Encik Robin Leow, berkata bahawa dia melihat belalai air itu di tengah-tengah "cuaca hujan" dari tempat kediamannya.

Belalai air itu muncul pada kira-kira pukul 4.45 petang selama sekitar lima minit, katanya.

Belalai air adalah fenomena cuaca yang kadangkala dilihat di perairan pesisir Singapura, dengan jangka masa selama beberapa minit hingga setengah jam, menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan. Ini lazimnya cepat menghilang apabila menghampiri kawasan pantai.

Belalai air yang dilihat hari ini berlaku di tengah-tengah ramalan Jabatan Kaji Cuaca bahawa hujan akan berterusan sepanjang dua minggu pertama bulan ini, dengan hujan lebat diramalkan di beberapa kawasan di Singapura pada sebelah petang untuk kebanyakan hari.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita