Bekerjasama dengan sektor jagaan & pendidikan awal kanak-kanak kunci wujudkan peluang kerja buat golongan kurang upaya, kata Presiden Halimah
Meningkatkan peluang pekerjaan untuk golongan kurang upaya adalah usaha yang digalakkan
SINGAPURA: Meningkatkan peluang pekerjaan untuk golongan kurang upaya adalah usaha yang digalakkan.
Presiden Halimah Yacob berkata demikian semasa beliau melawat ke pusat jagaan Providence siang tadi (10 Sep) di mana beliau berinteraksi dengan para pelajar di bawah Program Latihan Bantuan Kerjaya.
Program itu melengkapi para pelajar kurang upaya dengan kemahiran untuk bekerja sebagai pembantu jagaan kanak-kanak.
Mereka juga akan dapat pensijilan dalam sektor penjagaan awal dan pendidikan kanak-kanak.
Selain itu, mereka akan dapat peluang bekerja di dua tadika termasuk PCF Sparkletots.
"Saya rasa ini adalah satu contoh yang amat baik yang mana kita lihat badan-badan kebajikan ataupun agensi khidmat sosial bekerjasama dengan badan-badan lain untuk membukakan ruang, memberikan tempat bagi mereka yang memerlukan untuk bekerja dan sama-sama mereka bukan saja mendapatkan kebaikan bagi diri mereka tetapi juga dapat menyumbang kepada sektor tersebut," ujar Puan Halimah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.