Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas wakil syarikat pelaburan dikenakan perintah larangan; gelapkan S$50,000

Bekas wakil syarikat pelaburan Wellington Management dikenakan perintah larangan selama lima tahun oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) selepas dihukum penjara atas kesalahan-kesalahan melibatkan pemalsuan dan pecah amanah.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas wakil syarikat pelaburan dikenakan perintah larangan; gelapkan S$50,000

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 03 Jun 2021 03:02PM Dikemas Kini : 03 Jun 2021 03:04PM

SINGAPURA: Bekas wakil syarikat pelaburan Wellington Management dikenakan perintah larangan selama lima tahun oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) selepas dihukum penjara atas kesalahan-kesalahan melibatkan pemalsuan dan pecah amanah.

Younis Adnan Mohammed sebelum ini adalah wakil syarikat pengurusan pelaburan. Dalam "kemampuan peribadinya," dia memperdayakan wadah perdagangan online OANDA Asia Pacific untuk memasukkan S$50,000 ke dalam akaun perdagangan peribadi, menurut MAS.

Pada Mac 2019, untuk menepati sasaran yang ditetapkan, Younis memalsukan petikan skrin pindahan dana bank dan butiran akaun banknya untuk menunjukkan seolah-olah S$50,000 sudahpun dipindahkan kepada OANDA.

Tiada pindahan sedemikian dilakukan, dedah MAS.

Selepas OANDA membuat aduan polis, Younis berbohong kepada pegawai siasatan dan mendakwa orang lain telah menyamar diri untuk membuka akaun perdagangan dengan syarikat itu, tambah MAS.

Younis mengaku bersalah pada Mei tahun lalu dan didakwa dengan satu tuduhan melakukan pemalsuan dan satu lagi tuduhan memberikan keterangan palsu kepada pegawai awam. Dia dihukum penjara selama 16 minggu.

"Meskipun Younis telah melakukan kesalahan-kesalahan itu atas kemampuan peribadinya dan tidak lagi dilantik sebagai wakil di Singapura, perintah larangan yang dikeluarkan ke atasnya adalah untuk melindungi kewibawaan dan keyakinan terhadap sektor kewangan Singapura," menurut MAS.

Tuduhan-tuduhan yang dikenakan terhadapnya memberi MAS "sebab untuk percaya bahawa dia tidak akan memberi nasihat kewangan atau menyediakan khidmat pasaran modal dengan jujur," tegas pengawal selia itu.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan