Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas tapak Taman Burung Jurong dan Jurong Hill akan dibangun semula

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bekas tapak Taman Burung Jurong dan kawasan Jurong Hill dijangka akan dibangunkan semula menjadi sebuah kawasan untuk bekerja dan beriadah.

Orang ramai akan dipelawa untuk mengusulkan saranan bagaimana kawasan itu akan dibangunkan semula.

Ia mungkin termasuk usaha memelihara warisan perindustrian dan
riadah kawasan itu.

Orang ramai boleh mengusulkan idea mereka kepada pemerintah dan pemenang berpeluang mendapat wang tunai sehingga S$10,000.

Taman Jurong Hill mempunyai menara silinder ikonik,
dengan pokok-pokok ditanam oleh para pemimpin negara yang terkemuka.

Dan sebagai lokasi tertinggi di Jurong, ia menawarkan pemandangan Estet Perindustrian Jurong yang indah.

Di kaki bukit pula terletak The Village, yang kini menempatkan kedai-kedai runcit dan makanan dan minuman (F&B).

Ini semua adalah ciri-ciri utama yang diketengahkan oleh JTC Corporation dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), sedang mereka menyeru rakyat Singapura untuk berkongsi idea yang berani untuk mengubah kawasan itu menjadi sebuah hab untuk bekerja dan beriadah.

"Beberapa perkara yang kami sedang menimbangkan ialah bagaimana untuk menjadikan tempat ini sesuai dengan konteks sekeliling. Ia adalah pintu masuk kepada pelbagai industri. Ia juga bersebelahan dengan sebuah stesen MRT pada masa akan datang. Ia juga berdekatan dengan kawasan perumahan dan Taman Tasik Jurong. Selain itu, kami ingin melihat bagaimana ia akan memanfaatkan bentuk muka bumi sedia ada dan mengekalkan sejarah serta kenangan tempat ini, supaya generasi akan datang dapat terus menikmati kenangan itu," menurut Ketua Pengarah Perancangan Tanah dan Pembangunan Semula JTC, Jan Seow.

Menurut beliau, pertandingan itu juga akan memberi pihak berkuasa idea yang lebih baik tentang apa yang diinginkan oleh orang ramai.

Pertandingan itu diadakan menyusuli cabaran selama lima hari pada 2023 di mana 140 pelajar institusi pengajian tinggi dipelawa untuk menyumbang idea.

Beberapa idea yang mereka hasilkan termasuk hab sukan yang menyerupai sarang burung, tadahan air bertingkat, dan juga kanopi 'lying fox'.

"Saya fikir secara tradisinya kawasan Jurong Hill, Taman Burung Jurong sentiasa dilihat sebagai tempat yang sangat terpencil, jauh dari seluruh Singapura. Tetapi saya fikir dengan pembinaan Laluan Daerah Jurong menjelang 2029, saya rasa para pelajar melihat potensi untuk kawasan ini dijadikan sebagai destinasi yang berlainan di Singapura untuk berkumpul dan beriadah."

Orang ramai diberikan tempoh selama tiga bulan untuk mengusulkan idea mereka, dengan tarikh tutup pertandingan tersebut pada 18 Jan 2025.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan