Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas tapak Kelab Pondok Peranakan Gelam antara lokasi dalam Jejak Warisan Perkhidmatan Sosial

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Orang ramai kini boleh mengenang sumbangan dan mengetahui lebih lanjut tentang sektor perkhidmatan sosial di negara ini menerusi satu jejak warisan yang baru dilancarkan.

Pelancarannya bertepatan dengan Tahun Meraikan Karyawan Perkhidmatan Sosial tahun ini.

Jejak Warisan ini dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Masagos Zulkifli pada Sabtu (12 Apr).
Encik Masagos berkata pemerintah komited untuk menyokong sektor perkhidmatan sosial. (Gambar: MSF)
Dalam ucapannya, beliau berkata pemerintah komited untuk memperkukuh sektor perkhidmatan sosial yang telah menyumbang kepada kemajuan negara.

"Pemerintah sudah sekian lama bekerja dengan sektor perkhidmatan sosial dan komited untuk menyokong dan memperkukuh sektor itu. Kami faham bahawa tuntutan emosi pekerjaan (dalam sektor ini) boleh melampau dan kami akan terus perkukuhkan kerjasama untuk membolehkan karyawan perkhidmatan sosial kami punyai akses kepada sumber-sumber lebih baik bagi berkhidmat untuk masyarakat," kata Encik Masagos.
Jejak Warisan Perkhidmatan Sosial sepanjang 3 kilometer dan dibahagikan kepada 5 zon. (Gambar: MSF)
Bermula dari The Arts House, Jejak Warisan sepanjang tiga kilometer ini dibahagikan kepada lima zon.

Jejak Warisan oleh MSF dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) itu juga merangkumi beberapa kawasan termasuk Nagore Dargah dan bekas tapak Kelab Pondok Peranakan Gelam di 64 Club Street.

Setiausaha Agung Kehormat Pondok Gelam, Borhan Saini mengatakan: "Saya rasa Kelab Pondok Peranakan Gelam telah diberi kesempatan yang berharga untuk masyarakat Gelam yang mana kami pernah tinggal di kediaman 64 Club Street ini untuk menjadi sebahagian jejak warisan untuk generasi akan datang. Jadi kami berharap semoga ia akan menjadi nostalgia untuk para penduduk yang pernah tinggal dan datang ke bangunan 64 Club Street ini."

Selain Encik Borhan, acara itu turut dihadiri antara mereka yang pernah tinggal di tempat bersejarah itu.
Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan