Bekas taikun minyak OK Lim, 2 anaknya diisytihar muflis
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bekas hartawan minyak Lim Oon Kuin, atau lebih dikenali sebagai OK Lim, serta dua orang anaknya telah diisytiharkan muflis.
Demikian menurut warta pemerintah pada Jumaat (17 Dis).
Lim, yang berusia 82 tahun, serta dua orang anaknya, Lim Huey Ching dan Evan Lim Chee Meng, bersetuju pada September bagi penghakiman sebanyak AS$3.5 bilion (S$4.7 bilion) dibuat terhadap mereka.
Mereka mengatakan ketika itu bahawa mereka tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk membayar sesiapa sahaja yang membuat tuntutan terhadap mereka dan akan memfailkan kemuflisan.
Perintah muflis itu berkuat kuasa pada 19 Disember dan diterbitkan dalam warta pemerintah pada Jumaat (27 Dis).
Harta mereka akan diuruskan oleh pemegang amanah Leow Quek Shiong dan Seah Roh Lin dari BDO Advisory.
Keputusan untuk bersetuju dengan penghakiman itu dibuat di tengah-tengah perbicaraan sivil yang dimulakan pada Ogos 2023 dan diusulkan oleh para pembubar terhadap keluarga Lim.
Lim dan dua orang anaknya dijangka akan memberi keterangan dalam perbicaraan itu, tetapi penghakiman tersebut menggantikan persetujuan itu, sekali gus menamatkan prosiding perbicaraan.
Penghakiman itu dibuat dengan persetujuan semua pihak yang terlibat dan ia sebagai keputusan rasmi kes dan pernyataan perjanjian.
Lim didapati bersalah pada Mei tahun ini kerana menipu dan bersubahat untuk melakukan pemalsuan.
Dia dijatuhi hukuman penjara selama 17 tahun setengah pada bulan lalu selepas mendalangi salah satu kes penipuan pembiayaan perdagangan paling serius di Singapura.
Peguamnya berkata ketika itu bahawa Lim akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.