Bekas penyewa 'rindu' Tanjong Katong Complex; usahawan tidak sabar teroka ruang khas baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perniagaan pakaian Melayu tradisional Encik Abu Bakar Abdullah Bagarib mula menapak di Tanjong Katong Complex (TKC) lebih 20 tahun lalu, dengan perniagaannya semakin rancak menjelang sambutan Hari Raya.
Apabila pusat beli-belah itu ditutup tahun lalu berikutan pengumuman Penguasa Tanah Singapura (SLA) bahawa ia akan dinaik taraf, Encik Abu Bakar memindahkan perniagaannya ke seberang jalan di City Plaza.
Bagaimanapun, penjualannya merosot lebih 60 peratus berbanding sebelum ini, dan masih belum meningkat selepas satu setengah tahun.

“Penjualan Hari Raya lalu tidak begitu rancak, kerana trafik Melayu/Islam (pelanggan) sangat, sangat rendah di sini … Saya rasa sebelum Hari Raya (yang seterusnya), saya akan meninggalkan tempat ini,” kata lelaki berusia 71 tahun itu kepada Mediacorp.
Pemilik butik Siti Rugaiyah pada mulanya diberitahu bahawa dia boleh berpindah semula ke TKC, mercu tanda yang begitu popular dalam kawasan Geylang Serai, selepas menjalani kerja-kerja ubah elok selama tiga tahun.
Bagaimanapun semua itu berubah sejak itu setelah SLA memutuskan untuk meletakkan pusat beli-belah itu untuk dijual dengan tempoh pajakan selama 30 tahun, dengan tender dibuka selama kira-kira empat bulan mulai 18 Okt.
Encik Abu Bakar kini perlu menunggu sehingga separuh pertama 2029 - apabila kerja-kerja naik taraf dan ubah elok dijangka berakhir - untuk kembali ke pusat beli-belah itu, dan beliau berminat untuk berbuat demikian.
“Saya berharap mereka boleh memberi sedikit … kelonggaran untuk kami (penyewa lama) mendapatkan semula tempat itu kerana saya sudah berniaga di Tanjong Katong selama bertahun-tahun,” katanya.
“Apabila bangunan itu ditutup, hidup saya banyak berubah. Pendapatan saya juga banyak berubah.”
SYARAT-SYARAT UNTUK PENGURUSAN BAHARU
Pengurusan baharu pusat beli-belah itu mesti memperuntukkan sekurang-kurangnya 1,500 meter persegi untuk urus niaga budaya Melayu dan syarikat baharu. Ia merupakan saiz ruang yang sama yang sebelum ini disewa oleh syarikat-syarikat perniagaan Melayu.
Kompleks itu juga akan menempatkan ibu pejabat MENDAKI, pejabat Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), dan perpustakaan awam.
Ketua perkhidmatan runcit di firma hartanah CBRE Joan Chen berkata pemaju masa depan perlu mengimbangi matlamat untuk memelihara warisan dan pada masa yang sama menjadikan bangunan itu menarik dari segi komersial.
Beliau juga menarik perhatian kepada kedai runcit busana Melayu yang bakal membentuk sebahagian daripada kedai-kedai di pusat beli-belah itu.
“Berapa kerapkah anda membeli baju kurung (pakaian tradisional Melayu)? Baju kurung biasanya dikaitkan dengan acara atau majlis tertentu. Lantaran itu, penjualan harus mencerminkan perkara itu,” katanya.
"Maka itu, tuan tanah perlu bekerjasama dengan peruncit untuk memastikan mereka dapat mengekalkan dan memajukan perniagaan mereka jika mereka perlu memenuhi dan menepati apa yang ingin dilakukan oleh Tanjong Katong Complex."
Walaupun terdapat pusat beli-belah lain di kawasan Paya Lebar, Cik Chen berkata bahawa TKC akan mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada orang ramai.
Menurut MUIS, ia akan membantu untuk menggabungkan saranan-saranan yang diusulkan untuk TKC, termasuk ruang di mana syarikat-syarikat perniagaan baharu boleh mengambil pajakan tiga bulan untuk menguji idea masing-masing.
RUANG UNTUK PENIAGA MUDA
Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) menyatakan bahawa ujian sebegitu akan memberikan sokongan yang diperlukan oleh syarikat-syarikat perniagaan baharu dan para peniaga muda.
Para usahawan muda akan berusaha untuk mendapatkan bimbingan yang sesuai, kata Penolong Setiausaha Kehormat DPPMS Syahiran Rohajat.
Menurut beliau, syarikat-syarikat pemula kini sering menggunakan media sosial untuk menyerlahkan perniagaan mereka.
“Dengan rancangan ini, mereka akan berpeluang … untuk membawa produk mereka ke pasaran (dan) menjualnya secara bertemu muka,” tambahnya.
Sesetengah perniagaan online juga telah menyuarakan minat untuk menyewa ruang tersebut untuk menguji idea mereka bagi tempoh yang singkat.
"Selepas tiga bulan, kami boleh mempunyai rancangan perniagaan yang lengkap, dan kami boleh membuat keputusan yang lebih berhemah apabila kami akhirnya mahu terus berniaga dalam ruang yang sesuai," kata Encik Nabill Shukry, pengasas bersama Cheekies Singapore.
“Menjangkaui ruang dan sumber, bagi saya, yang paling penting ialah bimbingan kerana ia akan mendidik kami untuk tidak melakukan kesilapan yang sama (seperti mentor kami),” tambahnya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.