Skip to main content

Singapura

Bekas penyelidik NUS dipenjara; buat tuntutan palsu benilai hampir S$40,000

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas penyelidik NUS dipenjara; buat tuntutan palsu benilai hampir S$40,000

Gambar: Facebook/ Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan NUS

Diterbitkan : 25 Jul 2022 05:25PM
SINGAPURA: Seorang zamil penyelidik pada Isnin (25 Jul) dipenjara selama 20 minggu selepas membuat tuntutan palsu bernilai hampir S$40,000 daripada Universiti Nasional Singapura (NUS).

Thomas Teh Kok Hiong, 42 tahun akan menjalani hukuman dengan serta merta. Dia sebelum itu mengaku bersalah atas lima tuduhan menipu dan dua tuduhan memalsukan dokumen.

18 tuduhan yang sama turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.
Dokumen mahkamah bagaimanapun tidak mendedahkan bagaimana kesalahan Teh terbongkar.

Teh yang sebelum ini bekerja di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan NUS semasa melakukan kesalahan-kesalahan itu, sudah membayar balik sepenuhnya kepada pihak universiti, menurut peguam bela kepada mahkamah.

Hukuman bagi kesalahan menipu ialah penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Hukuman bagi kesalahan memalsukan dokumen ialah, penjara sehingga empat tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita