Bekas penyelia FairPrice dipenjara lebih 4 tahun kerana terima wang sogok dari pembekal
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Dalam tempoh lapan tahun bermula dari 2013, Andrew Lim Kian Kok yang ketika itu bekerja sebagai ketua pasukan kanan di NTUC Fairprice, meminta rasuah daripada pembekal ikan.
Sebagai ganti, Lim akan membeli lebih banyak ikan dan makanan laut daripada pembekal itu bagi pihak rangkaian pasar raya FairPrice.
Lim, 48 tahun, juga menarik sama pegawai bawahannya See Hock Lam, 70 tahun, dalam skim tersebut kedua-duanya menerima wang sogokan berjumlah sekurang-kurangnya S$523,000 daripada pembekal.
Keuntungan dibahagikan antara mereka.
Pada Jumaat (31 Mac), kedua-dua warga Singapura itu mengaku bersalah di sebuah Mahkamah Negara.
Lim dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan lima bulan serta didenda hampir S$290,000 selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan menerima wang suapan dan 10 tuduhan bersubahat dalam untuk menerima rasuah.
Lagi 22 tuduhan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.
Tempoh hukuman penjara Lim ditambah 580 hari lagi jika dia tidak membayar denda tersebut.
Ketika hukuman dijatuhkan, Hakim Daerah Kow Keng Siong memberitahu mahkamah bahawa perbuatan Lim mempunyai potensi untuk "menggugat" misi NTUC Fairprice sebagai sebuah perusahaan sosial.
Ia akan menyebabkan orang ramai mempersoalkan jika barang dijual pada nilai terbaik.
Pada sesi perbicaraan yang sama, See juga mengaku bersalah atas 10 tuduhan bersubahat untuk mengambil rasuah.
21 tuduhan serupa juga diambil kira ketika hukuman dijatuhkan.
See, yang tidak diwakili peguam, meminta hukumannya ditangguhkan jika dijatuhi hukuman penjara.
Memandangkan penjaminnya tidak hadir, Hakim Daerah Kow Keng Siong menanguhkan kesnya untuk menetapkan hukuman pada 10 April.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.