Bekas pensyarah Kolej Tembusu NUS didakwa atas kesalahan mencabul kehormatan
Anggaran Waktu Membaca:

Jeremy Fernando (Gambar: NUS)
SINGAPURA: Seorang bekas pensyarah Universiti Nasional Singapura (NUS), yang dipecat atas dakwaan salah laku seksual pada 2020, didakwa atas tuduhan mencabul kehormatan pada Jumaat (24 Mac).
Dokumen mahkamah menyatakan Jeremy Fernando, 43 tahun, dipercayai menggunakan kekerasan jenayah dengan mencium seorang mangsa perempuan di bibir meskipun sedar perbuatannya itu berkemungkinan mencabul kehormatan mangsa.
Mangsa serta tempat berlakunya kejadian itu tidak didedahkan atas perintah mahkamah.
Jika disabit bersalah atas kesalahan mencabul kerhomatan, dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, serta didenda dan dikenakan sebatan rotan.
Fernando, seorang warga Singapura, bertugas sebagai pensyarah di Kolej Tembusu dan dipecat pada Oktober 2020.
Ini setelah NUS membuat satu aduan polis berhubung kelakuannya yang "tidak wajar" sebagai seorang tenaga pengajar dan "tidak mencapai piawaian profesionalisme yang diharapkan pihak universiti".
Perbicaraan mahkamah seterusnya dijadualkan pada 21 April.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.