Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pensyarah ITE dipenjara, ambil 133 gambar bawah skirt di kampus

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pensyarah ITE dipenjara, ambil 133 gambar bawah skirt di kampus

Gambar: Jeremy Long

Diterbitkan : 06 Sep 2022 04:26PM Dikemas Kini : 20 Sep 2022 11:02PM
SINGAPURA: Bekas pensyarah, berusia 48 tahun, di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dipenjarakan selama empat bulan pada Selasa (6 Sep) kerana mengambil beberapa video dan gambar bawah skirt di kampus.

Mangsa termasuk mahasiswa-mahasiswa ITE dan seorang wanita di tempat makan sebuah ITE.

Perintah mahkamah dikenakan untuk melarang sebarang pendedahan maklumat yang mungkin berkaitan dengan mangsa.

Lelaki itu mengaku bersalah atas dua tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita dan satu tuduhan mencuba mencabul kehormatan wanita. Tiga lagi tuduhan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.

Mahkamah diberitahu bahawa pesalah sedang bekerja di ITE tersebut sewaktu kejadian.

Pada 25 Oktober 2019, pesalah mengajar kelas kemahiran hidup dan melihat seorang mahasiswa memakai skirt ketat yang menunjukkan kakinya. Dia memilih perempuan itu sebagai sasarannya dan menuju ke arahnya dengan kamera telefon bimbit yang sudah disediakan terlebih dahulu.

Dengan alasan membantu mangsa melakukan tugasan, lelaki itu meletakkan telefon bimbitnya di hujung meja dan memetik beberapa gambar menggunakan butang pada telefonnya.

Selepas kelas selesai, dia memastikan tiada siapa di sampingnya dan melihat gambar-gambar yang diambil dan menyedari bahawa dia tidak berjaya menangkap sebarang gambar atau video mahasiswa berkenaan.

Sementara itu, mahasiswa tersebut ternampak pesalah menghadapkan lensa kamera ke arah skirt beliau.

Beliau memberitahu bapa, kakak dan rakan sekelasnya. Kakaknya melaporkan hal tersebut kepada polis.

Telefon bimbit pesalah dirampas dan polis mendapati sekurang-kurangnya 133 gambar dan 17 video yang diambil bawah skirt.

Siasatan polis mendedahkan modus operandi pesalah: Dia akan mencari mahasiswa yang memakai skirt pendek di kampus atau mahasiswa yang duduk secara kurang sopan dalam kelasnya.

Kemudian dia akan menggunakan kamera telefon bimbitnya dan menghampiri sasarannya atas alasan ingin mengajar sesuatu. Dia akan mengambil gambar atau video dari bawah pelajar dan melihat rakamannya selepas kelas.

Pesalah menganggarkan bahawa dia sudah mengambil gambar dan video dalam tempoh empat hingga lima bulan, sekali setiap dua minggu.

Dia mengambil gambar dan video bawah skirt perempuan yang tidak dikenali di tempat makan ITE pada 5 Jun 2019 dan video bawah skirt mangsa di pejabat sekolah pada 29 Julai 2019.

Pendakwa meminta hukuman penjara antara empat dengan enam bulan dan menyatakan bahawa pesalah menyalahgunakan kuasanya dan kepercayaan yang diberikan kepada seorang pensyarah. Pesalah mempunyai beberapa gambar dan video bawah skirt dan melakukan kesalahan tersebut dengan cara licik.

Bagi setiap tuduhan mencabul kehormatan wanita, pesalah boleh dipenjarakan hingga setahun dan didenda.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan