Skip to main content

Singapura

Bekas penolong profesor NUS dihukum penjara kerana hisap ganja, miliki peralatan dadah

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas penolong profesor NUS dihukum penjara kerana hisap ganja, miliki peralatan dadah

(Gambar fail: Jeremy Long/CNA)

Diterbitkan : 11 Dec 2024 05:02PM Dikemas Kini : 11 Dec 2024 05:04PM
SINGAPURA: Seorang bekas penolong profesor di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Rabu (11 Dis) dihukum penjara selama setahun kerana menghisap ganja.

Jevdic Dorde, warga Serbia berusia 40 tahun, juga mengaku memiliki peralatan dadah yang digunakannya untuk menghisap Ice atau 'crystal methamphetamine'.

Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, dengan tuduhan ketiga yang serupa turut dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.

Pada 4 Ogos 2023, para pegawai dari Biro Narkotik Pusat (CNB) menyerbu apartmen Dorde selepas tengah malam, menangkapnya dan menggeledah rumahnya.

Semasa serbuan, para pegawai merampas 'straw' minuman, tiub getah dan peralatan kaca yang Dorde mengaku dia pernah menghisap Ice bersama orang lain kira-kira sebulan sekali.

Dorde juga diuji positif bagi bahan kimia daripada ganja. Dia mengaku menghisap ganja kira-kira 10 hari sebelum penahanannya, dan dia telah menghisap ganja sebanyak dua atau tiga kali pada hari itu.

Mahkamah diberitahu bahawa Dorde mula mengambil ganja di Singapura pada awal 2020 dan akan menghisap dua atau tiga kali sehari setiap kali dia mempunyai dadah itu. Dia menggulung dan menghisap ganja dengan tembakau.

Dia memberitahu para penyiasat bahawa dia mula mengambil ganja kerana dia mempunyai peluang untuk mencubanya, dan telah diberikan nombor telefon sumber yang membekalkan ganja kepadanya.

Dia juga berkata bahawa dia mengambil ganja kerana dia ketagih dadah dan berasa lebih santai selepas menghisapnya.

Timbalan Pendakwa Raya Cheah Wenjie mengusulkan hukuman penjara mandatori selama sekurang-kurangnya setahun atas kesalahan mengambil dadah.

Peguam bela Gino Hardial Singh dari Abbots Chambers berkata Dorde, yang dari Jabatan Sains Komputer NUS, juga merupakan duta saintifik Serbia di Singapura.
Sumber : CNA//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita