Skip to main content

Singapura

Bekas penjaga gawang SG, Rezal Hassan kini dalam keadaan separuh sedar di hospital

Bekas penjaga gawang pasukan bola sepak Singapura, Rezal Hassan, kini dalam keadaan separuh sedar di Hospital Besar Singapura (SGH), menurut salah seorang saudara-mara beliau kepada BERITA Mediacorp.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas penjaga gawang SG, Rezal Hassan kini dalam keadaan separuh sedar di hospital

Antara pemain yang menziarahinya ialah Baihakki Khaizan. (Gambar: Instagram/i.am.baihakki)

Diterbitkan : 05 Sep 2025 01:20PM
SINGAPURA: Bekas penjaga gawang pasukan bola sepak Singapura, Rezal Hassan, kini dalam keadaan separuh sedar di Hospital Besar Singapura (SGH), menurut salah seorang saudara-mara beliau kepada BERITA Mediacorp.

Beliau dimasukkan ke hospital pada Isnin (1 Sep) selepas mengalami serangan angin ahmar sehari selepas beliau pulang dari Pekanbaru, Indonesia bagi satu perlawanan persahabatan di sana.

BERITA Mediacorp sebelum ini cuba menghubungi keluarga Rezal tetapi mereka keberatan untuk mengulas lanjut tentang keadaannya.

Dalam wawancara melalui panggilan telefon, bekas rakan sepasukan Rezal Hassan iaitu Malek Awab berkata: "Saya belum sempat menziarahi beliau, tetapi berdasarkan perkongsian rakan-rakan yang lain, dari hari pertama (beliau dimasukkan ke hospital) sampai sekarang, beliau dapat dengar perbualan kami dan ada sedikit respons."

Sementara itu, ketua jurulatih Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Nazri Nasir yang bekas rakan sepasukan Rezal berkata: "Saya belum sempat menziarahinya, tetapi apa yang saya tahu beliau sudah dipindahkan ke wad biasa, tidak lagi dalam keadaan kritikal tetapi kondisinya tetap sama."

Nazri kini dalam perjalanan ke Jepun bagi menyertai latihan kejurulatihan sehingga Disember ini.

Rezal, 50 tahun, bersama pasukan 'Singa Legends' telah ke Pekanbaru, Indonesia untuk menyertai perlawanan Piala Trofeo.

Singa Legends merupakan pasukan yang ditubuhkan oleh bekas pemain pasukan negara.

Pasukan Singa Legends menampilkan bintang-bintang legenda seperti Fandi Ahmad, Malek Awab dan Hassan Sunny.
Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita