Bekas peniaga didakwa kerana tidak daftar GST bagi hasil jualan online
Seorang bekas peniaga berusia 40 tahun adalah orang yang pertama didakwa kerana tidak mendaftar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi hasil jualan online.

Bangunan Penguasa Hasil Mahsul Singapura. (Gambar: Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Seorang bekas peniaga berusia 40 tahun adalah orang yang pertama didakwa kerana tidak mendaftar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi hasil jualan online.
Edwin Pang juga didenda kerana mengemukakan borang penyata cukai yang salah tanpa alasan munasabah dan gagal menyimpan rekod invois dengan betul.
Jumlah cukai yang dielak hampir mencecah S$130,000.
Antara 2015 hingga 2019, Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) berjaya mendapatkan semula cukai dan denda berjumlah lebih S$3.8 juta daripada para peniaga online.
Antara kesalahan yang dilakukan termasuk membuat tuntutan bagi perbelanjaan perniagaan yang tidak boleh dipotong cukai.
Ada juga pemilik syarikat yang mengecualikan hasil pendapatan daripada perniagaan online mereka dalam borang penyata cukai.
Para pesalah boleh didenda hingga empat kali ganda cukai yang dielak ataupun dipenjara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.