Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pengurus operasi didakwa kutip wang sogok daripada pekerja hijrahan

Seorang bekas pengurus operasi di sebuah syarikat penyenggaraan didakwa pada Khamis (29 Sep) kerana dipercayai mengutip wang sogok daripada pekerja hijrahan sebagai syarat untuk mengambil mereka bekerja atau memperbaharui pas kerja mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pengurus operasi didakwa kutip wang sogok daripada pekerja hijrahan

Pekerja binaan di Singapura. (Gambar: Xabryna Kek)

SINGAPURA: Seorang bekas pengurus operasi di sebuah syarikat penyenggaraan didakwa pada Khamis (29 Sep) kerana dipercayai mengutip wang sogok daripada pekerja hijrahan sebagai syarat untuk mengambil mereka bekerja atau memperbaharui pas kerja mereka.

Ho Chiak Hock Derrick, yang sebelum ini bekerja dengan Lian Cheng Contracting, dituduh menuntut hampir S$400,000 daripada 56 pekerja hijrahan buat beberapa kali sejak tahun 2014.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan ia mula menyiasat dakwaan terhadap Ho pada November 2020.

"Wang itu sama ada dikumpulkan secara langsung oleh Ho atau menerusi tiga pekerja hijrahan yang bertindak mengikut arahan Ho," menurut MOM dalam satu kenyataan media.

"Ketiga-tiga pekerja ini sendiri dipercayai sudah membayar wang sogok sebagai syarat untuk memperbaharui pas kerja mereka."

Ho, 53 tahun, menghadapi 61 dakwaan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing (EFMA).

Dia ditawarkan ikat jamin S$30,000 dan dijadual dihadapkan di mahkamah pada Oktober.

Jika didapati bersalah, Ho boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda tidak melebihi S$30,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap tuduhan.

“Mengutip wang sogok daripada pekerja hijrahan adalah satu kesalahan serius," tekan MOM sambil menambah bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pesalah atau syarikat yang ingkar.

Ini termasuk melarang mereka daripada memohon untuk pas kerja baru dan memperbaharui pas kerja sedia ada mereka.

MOM menambah pekerja hijrahan yang mengesyaki mereka memberi wang sogok boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi kementerian itu di talian 6438 5122 atau Pusat Pekerja Hijrahan di 6536 2692.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan