Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pengurus NLB mengaku bersalah terima suapan lebih S$580,000 dari bekas pekerja

Selepas mendapat tahu tentang peralihan NLB ke sistem pendigitalan, seorang pengurus yang bertugas dengan lembaga itu menasihati bekas kakitangannya supaya "meneroka satu peluang perniagaan" di mana dia memberikannya maklumat dalaman dan kemudian meminta wang sogok.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pengurus NLB mengaku bersalah terima suapan lebih S$580,000 dari bekas pekerja

Low Pok Woen (kiri) dan Ivan Koh Siong Wee meninggalkan Mahkamah Negara pada 4 Ogos 2020. (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 04 Aug 2020 05:05PM Dikemas Kini : 04 Aug 2020 05:10PM

SINGAPURA: Selepas mendapat tahu tentang peralihan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) ke sistem pendigitalan, seorang pengurus yang bertugas dengan lembaga tersebut menasihati bekas kakitangannya supaya "meneroka satu peluang perniagaan" di mana dia memberikannya maklumat dalaman untuk meningkatkan peluang bekas pekerja berkenaan untuk membekalkan sumber-sumber digital kepada NLB dan kemudian meminta wang sogok.

Secara keseluruhannya, bekas pengurus NLB, Ivan Koh Siong Wee menerima suapan hampir S$581,000 sepanjang empat tahun daripada bekas pekerjanya, Low Pok Koen di mana tiga firmanya membekalkan sumber-sumber digital seperti buku-buku elektronik bernilai jutaan dolar kepada NLB.

Koh yang meninggalkan NLB pada 2014, mengaku bersalah pada Selasa (4 Ogos) atas 20 tuduhan rasuah, sementara Low pula mengaku bersalah atas 20 tuduhan serupa. Lagi 36 tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman ke atas mereka berdua.

Mahkamah diberitahu bahawa Koh menyertai NLB pada 2003 dan dia adalah seorang pengurus dalam jabatan yang ditugaskan untuk memperolehi sumber-sumber digital antara 2005 hingga 2010.

Koh juga merupakan pengarah tunggal dalam salun dandan rambut Speedcuts dari 2001 hingga 2009 dan Low pernah bekerja dengannya selama beberapa tahun di salun tersebut.

KOH BERITAHU LOW TENTANG PERALIHAN NLB, SURUHNYA TEROKA PELUANG PERNIAGAAN

Apabila pertama kali mendapat tahu tentang rancangan NLB untuk beralih ke pendigitalan pada 2004, Koh mengongsi maklumat itu dengan bekas pekerjanya, Low, yang kini berusia 51 tahun.

Dia menyuruh Low 'meneroka peluang perniagaan' dengan menyediakan kandungan digital kepada NLB dan memperkenalkannya dengan seorang bekas jurujual dan pengurus kepada penerbit dari luar negara yang berpengetahuan tentang industri kandungan digital.

Low kemudian menubuhkan tiga syarikat yang menyediakan kandungan digital dan menjadi pengarah dan pemegang saham syarikat-syarikat itu antara 2005 hingga 2010.

NLB merupakan pelanggan terbesar bagi ketiga-tiga syarikat Low: Database Resource Services, JCD Crossmedia dan W3.XS.

Antara November 2005 hingga November 2009, NLB membeli sumber-sumber digital bernilai S$5.4 juta dan AS$703,000 (S$967,000) dari Database Resource Services, S$512,700 dari JCD Crossmedia dan S$39,000 dari W3.XS.

Pada November 2005, Koh mula meminta Low wang sogok bagi pelbagai urusan peribadi. Low memperuntukkan sekitar 30 peratus daripada keuntungan dari ketiga-tiga kontrak dengan NLB untuk diberikan kepada Koh sebagai upah.

Koh menggunakan wang sogok itu untuk perbelanjaan peribadi, perniagaan dandan rambut dan satu lagi bagi perniagaan Promopower yang dikendalikan oleh saudara perempuannya.

Koh juga mengutamakan kepentingan perniagaan Low dengan memberikannya maklumat rahsia tentang bahan-bahan digital yang diperlukan oleh NLB serta bagaimana bahan-bahan itu dinilai sebelum ia diperolehi atau diperbaharui. Koh turut menasihatinya tentang sebut harga yang harus ditawarkan dan bagaimana untuk menggunakan nama lain bagi memperdayakan NLB.

LOW SIMPAN MAKLUMAT TENTANG WANG SOGOK

Low menyimpan salinan-salinan wang sogok yang diberikan kepada Koh dengan setiap bayaran diketepikan sebagai 'komisen' Koh.

Secara keseluruhannya, Low memberikan wang sogok sebanyak 51 kali yang bernilai S$581,730 kepada Koh dan/atau peranannya sebagai wakil NLB.

Low turut memberikan sejumlah wang kepada seorang lagi pustakawan kanan di DRS kerana Low tidak mahu dia memberi maklum balas yang buruk mengenai sumber-sumber digital Low.

NLB mendapat tahu tentang penipuan dan pemalsuan dokumen dalam bekalan kandungan digital Low pada 2014 dan membuat aduan polis, yang mendorong Jabatan Ehwal Komersil (CAD) untuk melancarkan siasatan. Kes itu dirujuk kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) pada 2016 di mana salinan Low terbongkar.

Menurut seorang jurucakap NLB, Koh meletak jawatan dan meninggalkan badan berkanun itu pada November 2014.

Hakim menangguhkan hukuman sehingga 15 September. Bagi setiap tuduhan rasuah, kedua-dua tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan