Bekas pengurus NLB didakwa terima rasuah lebih S$595,000
Seorang bekas pengurus Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) didakwa di mahkamah hari ini (23 Jul) atas tuduhan menerima rasuah wang berjumlah S$595,230 rasuah daripada seorang pengarah syarikat.
SINGAPURA: Seorang bekas pengurus Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) didakwa di mahkamah hari ini (23 Jul) atas tuduhan menerima rasuah wang berjumlah S$595,230 rasuah daripada seorang pengarah syarikat.
Ivan Koh Siong Wee, 48 tahun, dikenakan 56 tuduhan menerima rasuah daripada Low Pok Woen, 49 tahun, untuk memenuhi agenda bisnes Low sebagai pengarah Database Resource Services.
Low juga menghadapi tuduhan yang sama. Kesalahan-kesalahan itu didakwa dilakukan antara tahun 2005 dengan 2009.
Kedua-dua Low dan Koh boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda hingga S$100,000 bagi setiap tuduhan jika disabit kesalahan.
Pihak pendakwa meminta mahkamah membenarkan ikat jamin S$100,000 bagi setiap seorang.
Pihak pembela memohon jumlah lebih rendah disebabkan "sebahagian jumlah sudah dibayar semula".
Hakim menetapkan Koh dan Low, setiap seorang dikenakan ikat jamin S$80,000.
Kedua-duanya akan kembali ke mahkamah untuk sidang sebelum perbicaraan pada bulan depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.