Skip to main content

Singapura

Bekas pengurus besar AMKTC, pengarah syarikat mengaku bersalah atas tuduhan rasuah

Dua lelaki yang terlibat dalam kes rasuah Majlis Bandaran Ang Mo Kio (AMKTC) mengaku bersalah hari ini (25 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pengurus besar AMKTC, pengarah syarikat mengaku bersalah atas tuduhan rasuah

(Gambar: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 25 Mar 2019 09:41PM Dikemas Kini : 25 Mar 2019 09:42PM

SINGAPURA: Dua lelaki yang terlibat dalam kes rasuah Majlis Bandaran Ang Mo Kio (AMKTC) mengaku bersalah hari ini (25 Mac).

Bekas pengurus besar AMKTC Wong Chee Meng, menerima lebih $86,000 wang sogokan selama tempoh dua tahun.

Pengarah syarikat, Chia Sin Lan, yang mana firmanya mengendalikan kerja-kerja pembinaan, memberi suapan itu untuk mendapatkan projek dari majlis bandaran berkenaan.

Wang sogokan itu digunakan untuk memajukan kepentingan perniagaan syarikat-syarikat Chia - 19-ANC Enterprise dan 19-NS2 Enterprise.

Wong dan Chia mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah.

Dua lagi tuduhan sedang dipertimbangkan.

Setiap tuduhan membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda sehingga S$100,000.

Sumber : CNA/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita