Bekas pengurus besar AMKTC, pengarah syarikat dijel berhubung rasuah
Bekas pengurus besar Majlis Bandaran Ang Mo Kio (AMKTC) dihukum penjara pada Rabu (20 Nov) bersama seorang pengarah syarikat yang memberinya rasuah bagi beberapa kontrak.
SINGAPURA: Bekas pengurus besar Majlis Bandaran Ang Mo Kio (AMKTC) dihukum penjara pada Rabu (20 Nov) bersama seorang pengarah syarikat yang memberinya rasuah bagi beberapa kontrak.
Victor Wong Chee Meng, 59 tahun, dijatuhi hukuman penjara 27 bulan manakala Chia Sin Lan, 64 tahun, pengarah dua syarikat yang menawarkan khidmat binaan kepada majlis bandaran, dipenjara selama 21 bulan.
Kedua-dua syarikat terbabit, 19-ANC dan 19-NS2 masing-masing dikenakan denda bernilai S$75,000.
Kedua-dua lelaki mengaku bersalah pada Mac tahun ini selepas perbicaraan yang berlarutan selama beberapa minggu. Wong mengaku menerima wang suapan bernilai lebih S$86,000 daripada Chia antara Disember 2014 hingga Sep 2016.
Sebahagian besar wang itu adalah dalam bentuk perbelanjaan hiburan sebanyak S$34,000. Chia akan mengajak Wong keluar untuk berhibur di pusat karaoke, kedai urut dan restoran.
Wong berasa "terhutang budi" kepada Chia disebabkan oleh rasuah yang sering diberikan lalu mengajukan kontrak perniagaan dengan firma Chia, iaitu 19-ANC dan 19-NS2 dengan AMKTC.
Syarikat-syarikat itu ditawarkan lebih banyak projek oleh AMKTC pada 2015 berbanding 2014, semasa tempoh Wong diberi rasuah, menurut pihak pendakwa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.