Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pengetua pusat tuisyen dalam kes penipuan peperiksaan GCE 'O' disyaki larikan diri dari SG

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bekas pengetua sebuah pusat tuisyen, yang didakwa membantu pelajar menipu dalam peperiksaan GCE 'O', disyaki sudah melarikan diri dari negara ini.
Pihak pendakwa meminta mahkamah pada Khamis (22 Dis) untuk mengubah waran tertunggak untuk menangkap Poh Yuan Nie, 56 tahun, untuk menyatakan secara khusus bahawa ia bagi pelaksanaan hukuman di luar bidang kuasa negara ini.

Timbalan Pendakwa Raya Louis Ngia berkata menyatakan negara mana ketika ditanya sama ada ia melibatkan negara tertentu, seperti Malaysia atau Brunei.

Tambahnya, alasannya adalah supaya permohonan Notis Merah Interpol boleh dibuat.

Notis Merah ialah permintaan kepada penguatkuasa undang-undang di seluruh dunia untuk mencari dan menangkap seseorang sementara menunggu ekstradisi, penyerahan diri atau tindakan undang-undang yang serupa.

Apa yang diketahui polis setakat ii adalah Poh sudah melarikan diri.

Poh, juga dikenali sebagai Pony, berdepan empat tahun penjara.

Waran tangkapan telah dikeluarkan untuknya oleh mahkamah pada November selepas dia gagal hadir untuk memulakan hukuman penjara atas 27 pertuduhan menipu.

Dia sudahpun dijatuhkan hukuman pada 2020 selepas satu perbicaraan yang panjang, tetapi rayuan terakhirnya ditolak hanya pada bulan November tahun ini.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan