Skip to main content

Singapura

Bekas pengendali Cathay Cineplexes, mm2 Asia, dituntut lunas hutang S$74.6 juta kepada UOB

Kumpulan hiburan dan bekas pengendali Cathay Cineplexes, mm2 Asia pada Isnin (10 Nov) menyatakan bahawa United Overseas Bank (UOB) sudah menghantar surat menuntut hutang sebanyak S$74.6 juta daripada syarikat itu dan anak-anak syarikatnya.
Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pengendali Cathay Cineplexes, mm2 Asia, dituntut lunas hutang S$74.6 juta kepada UOB
Pawagam Cathay Cineplexes di pusat beli-belah Century Square pada 1 September 2025. (Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Kumpulan hiburan dan bekas pengendali Cathay Cineplexes, mm2 Asia pada Isnin (10 Nov) menyatakan bahawa United Overseas Bank (UOB) sudah menghantar surat menuntut hutang sebanyak S$74.6 juta daripada syarikat itu dan anak-anak syarikatnya.

Surat itu dihantar kepada mm2 Asia dan anak-anak syarikatnya iaitu mm2 Entertainment, UnUsUaL Management, mm Plus dan mm Connect pada 7 November, syarikat itu menyatakan dalam satu pemfailan di Bursa Saham (SGX).

Jika hutang itu tidak dilunaskan dalam masa tujuh hari, UOB boleh memulakan tindakan undang-undang tanpa sebarang rujukan lanjut.

Surat tuntutan itu dikeluarkan selepas beberapa tuntutan hutang bernilai jutaan dolar difailkan oleh tuan tanah berhubung rangkaian pawagam Cathay Cineplexes yang kini sudah ditutup.

Cathay Cineplexes, yang berdepan masalah kewangan, menamatkan operasinya selepas mengumumkan pada 1 September lalu bahawa syarikat itu akan menjalani proses pembubaran sukarela oleh pemiutang.

Dalam surat tuntutan kepada mm2 Entertainment, UOB memaklumkan hasrat untuk melaksanakan hak penjualan terhadap sebuah hartanah yang digadai sebagai cagaran kepada bank berkenaan.

UOB turut memberi notis kepada satu lagi anak syarikat, UnUsUaL Management, bahawa ia berhak melaksanakan kuasa penjualan terhadap 623,040,780 unit saham dalam syarikat tersebut.

Mm2 Asia dalam kenyataannya menyatakan syarikat itu sedang mendapatkan nasihat undang-undang berhubung tuntutan UOB dan akan terus memantau keadaan dengan teliti.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita