Bekas pengarah MUIS didakwa atas 7 tuduhan di bawah Akta Salah Guna Komputer, Kanun Keseksaan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: MUIS
SINGAPURA: Bekas pengarah Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) Razak Mohamed Lazim, 55 tahun didakwa di mahkamah pada Jumaat (17 Feb) atas tujuh tuduhan di bawah Akta Salah Guna Komputer dan Kanun Keseksaan.
Kesemua tuduhan berkaitan kes urus niaga kewangan yang melibatkan Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah dan Irsyad Trust Limited (ITL).
Razak Mohamed Lazim, 55 tahun, pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Kanan Madrasah MUIS dan Pengarah Eksekutif Madrasah Irsyad.
Razak, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ITL, dihadapkan dengan dua dakwaan berkaitan dengan perbuatan menipu Temasek Foundation International CLG Limited (TF Intl).
Dia didakwa memberi gambaran palsu bahawa ITL mempunyai kaitan dengan Madrasah Irsyad dalam dua saranan pada 2018 untuk mendapatkan geran bagi program-program pendidikan di Indonesia dan Filipina.
ITL menerima dana berjumlah S$784,900, antara Disember 2018 dengan September 2020.
Lima dakwaan adalah berhubung Akta Salah Guna Komputer melibatkan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan bagi kandungan komputer.
Razak didakwa memberikan arahan kepada server e-mel Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah supaya menghantar sebarang e-mel yang diterima oleh akaun e-mel “razak [at] irsyad.sg” kepada “razaklazim [at] gmail.com”.
Pada April 2021, MUIS melancarkan audit ke atas Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah bagi memeriksa urus niaga kewangan antara madrasah tersebut dengan ITL dari tahun 2013.
Ini bagi menentukan sama ada terdapat sebarang urus niaga atau kegiatan yang dilakukan tanpa kebenaran atau secara menipu.

Dalam kenyataannya kepada BERITAmediacorp, MUIS menyatakan: "MUIS mengetahui kes bekas kakitangan Muis yang telah didakwa di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Kanun Keseksaan. MUIS memandang serius isu sebegini dan sentiasa mengambil langkah untuk mengukuhkan tadbir urus dalam institusi agama kita."
MUIS sudah meneliti perkara tersebut secara aktif, menurut kenyataan itu lagi
"MUIS sebelum ini sudah memfailkan laporan polis, dan membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka dan tidak dapat mengulas lanjut kerana perkara itu kini di hadapan Mahkamah," menurut kenyataan itu lagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.