Bekas pengarah HDB akui rakam video, gambar lucah lelaki
Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pengarah HDB, Norman Leo Chee Wei Kiong. (Gambar fail: TODAY/Raj Nadarajan)
SINGAPURA: Seorang lelaki mengaku bersalah pada Selasa (30 Ogos) kerana merakam video dan gambar lucah lelaki di tempat-tempat awam seperti bilik lokar SAFRA.
Norman Leo Chee Wei Kiong, 61 tahun merupakan pengarah kewangan perumahan di Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 2017, lapor Mediacorp sebelum ini.
Peguamnya memaklumkan mahkamah bahawa dia sudah meletakkan jawatan.
Chee mengaku bersalah atas empat tuduhan di bawah Akta Filem dan dua tuduhan kerana menyebabkan gangguan awam.
Lapan lagi tuduhan, termasuk satu berhubung penyakit intai akan diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.
Kesalahan Chee terbongkar pada 28 Oktober 2020 selepas dia cuba merakam seorang lelaki yang dia tertarik hati, di sebuah pasar raya.
Lelaki itu terhidu perbuatan Chee lalu bersemuka dengannya. Chee menafikan perbuatannya merakam video tersebut.
Dalam kekecohan yang menyusul seorang pekerja pasar raya menghubungi polis.
Sementara menunggu polis tiba, Chee bersetuju untuk memadam video lelaki berkenaan.
Lelaki tersebut memeriksa galeri gambar Chee untuk memastikan rakaman tersebut sudah dipadamkan, apabila beliau mendapati ia mengandungi video-video lucah lelaki yang tidak berpakaian.
Lelaki itu maklumkannya kepada polis sejurus mereka tiba. Polis menemui gambar lucah berkenaan dan merampas telefon bimbit Chee bagi pemeriksaan forensik.
Semasa siasatan, Chee mengaku tabiatnya merakam dan mengambil gambar lelaki yang menarik hatinya di tempat-tempat awam seperti gimnasium dan bilik persalinan bersama.
Chee juga didapati sudah melakukan kesalahan berkenaan sejak lebih sedekad lalu.
Menurut dokumen mahkamah, video tersebut dirakam untuk kepuasan dirinya sendiri.
146 lagi video lucah menunjukkan lelaki melakukan perbuatan seksual juga ditemui dalam telefon bimbit Chee.
Timbalan Pendakwah Raya Collin Ng meminta hukuman penjara dua hingga lima minggu dan denda S$1,600 hingga S$2,000.
Hakim Daerah Kessler Soh berkata beliau memerlukan lebih masa untuk mempertimbangkan hukuman yang sewajarnya, dan menangguhkannya kepada 9 September.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.