Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pengarah Faith Educare didakwa; tipu ECDA dengan tuntutan palsu

Bekas pengarah pusat jagaan kanak-kanak Faith Educare yang sudah dibubarkan didakwa di mahkamah pada Rabu (17 Mac) kerana menipu Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA).

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pengarah Faith Educare didakwa; tipu ECDA dengan tuntutan palsu

Gambar fail Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 17 Mar 2021 02:57PM Dikemas Kini : 17 Mar 2021 03:01PM

SINGAPURA: Bekas pengarah pusat jagaan kanak-kanak Faith Educare yang sudah dibubarkan didakwa di mahkamah pada Rabu (17 Mac) kerana menipu Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dengan membuat tuntutan palsu bagi kanak-kanak yang tidak mendaftarkan diri dengan pusat tersebut ketika kesalahan-kesalahan itu dilakukan.

Josephine Tan Poh Choo, 53 tahun, didakwa bersama dua bekas pekerjanya, Arulnandam Rajeswary, 53 tahun dan Fatimah Bivee Mohd Shariff, 42 tahun.

Tan dan Arulnandam masing-masing dikenakan lapan tuduhan kerana bersubahat untuk menipu ECDA bagi mendapatkan geran subsidi bagi kanak-kanak yang tidak mendaftarkan diri di pusat jagaan berkenaan, manakala Fatimah pula berdepan dengan empat tuduhan sedemikian.

Ketiga-tiga wanita itu bekerja di Faith Educare Centres, yang memilki cawangan di Sengkang dan Punggol pada waktu kesalahan itu dilakukan.

ECDA mentadbir Skim Subsidi Jagaan Kanak-Kanak, yang membantu mengurangkan perbelanjaan prasekolah bagi kanak-kanak rakyat Singapura.

Ketiga-tiga wanita itu dipercayai membuat 16 tuntutan palsu yang konon-kononnya bagi mengesahkan kehadiran kanak-kanak itu antara Januari dengan Ogos 2016 untuk menuntut bayaran bernilai S$4,800.

Kanak-kanak itu, yang disenaraikan di bawah nama-nama seperti Jayden, Janel, Kyzer dan Gwenice, tidak mendaftarkan diri dengan Faith Educare Centre atau belum lagi mendaftarkan diri untuk melayakkan mereka bagi mendapatkan subsidi tersebut.

Ketiga-tiga wanita itu akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada bulan depan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan