Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pengarah bersekutu SMU didakwa terima wang sogok S$472,000

Bekas pengarah bersekutu Universiti Pengurusan Singapura (SMU) didakwa di mahkamah hari ini (23 Mac) kerana menerima wang sogok sebanyak S$472,00 dolar daripada tiga lelaki sepanjang tempoh dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pengarah bersekutu SMU didakwa terima wang sogok S$472,000

Bangunan Mahkamah Negara. (Gambar Fail: TODAY)

Diterbitkan : 23 Mar 2021 02:06PM Dikemas Kini : 23 Mar 2021 02:15PM

SINGAPURA: Bekas pengarah bersekutu Universiti Pengurusan Singapura (SMU) didakwa di mahkamah hari ini (23 Mac) kerana menerima wang sogok sebanyak S$472,00 dolar daripada tiga lelaki sepanjang tempoh dua tahun.

Christopher Tan, 43 tahun, dikenakan 52 tuduhan, dengan sebahagian besarnya berhubung rasuah.

Terdapat juga satu tuduhan menghalang keadilan dengan memadamkan nota di telefonnya yang mengandungi rekod menerima wang sogok daripada seorang lagi tertuduh.

Tan didakwa bersama Kenneth Lum Hsien Loong, 44 tahun, Cher Kheng Than, 43 tahun dan Jeffrey Long Chee Kin, 43 tahun. Lum berdepan dengan 35 tuduhan manakala Cher dikenakan sembilan tuduhan sementara Long berdepan lapan tuduhan.

Ketiga-tiga lelaki itu merupakan pengarah atau pengarah urusan syarikat masing-masing iaitu: International Alliance Marketing, CJ Synergy dan Assetualize.

Tan dituduh menerima suapan daripada ketiga-tiga lelaki tersebut sebanyak 50 kali antara Ogos 2017 dengan November 2019 bagi untuk memajukan kepentingan perniagaan mereka dengan SMU.

Tan juga dituduh berbohong kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dengan menyatakan, dia diberi wang oleh Cher untuk melangsaikan hutangnya.

Tan dibenarkan ikat jamin S$100,000 dan akan dihadapkan lagi ke mahkamah bulan depan.

Jika sabit kesalahan menerima rasuah sebagai seorang pegawai pertubuhan awam, Tan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga S$100,000 bagi setiap kesalahan.

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan