Bekas penduduk Kampong Gelam kembali ke Masjid Sultan setiap Ramadan, kenang nostalgia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Masih jelas di ingatan Encik Mohamed Zaid Bidin, 85 tahun suasana menyambut Ramadan di sekitar Kampong Gelam sewaktu beliau membesar di sekitar kawasan itu.
Bagi mengembalikan nostalgia, Encik Zaid akan kembali ke Masjid Sultan setiap bulan Ramadan untuk menyumbang tenaga sebagai sukarelawan.
"Saya bantu arwah bapa saya sejak umur saya lebih kurang 12 tahun. Lama kelamaan terikut terus. Apa sahaja kerja yang ada di dalam masjid kita akan lakukan, seperti menjaga kebersihan di dalam masjid.
"Sudah jadi macam kebiasaan dan sudah jadi rumah nombor dua," kata Encik Mohamed Zaid kepada wartawan Rosli A Razak.
Beliau yang juga dikenali sebagai 'Haji Bomba' bersara daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada 1999 dan terus menyumbang bakti di Masjid Sultan sehingga kini.
"Dalam bulan Ramadan memang kita selalu mengatur barang-barang yang perlu seperti meja-meja, ada bangku-bangku. Dalam kawasan dalam 1,000 orang," tambah beliau.
Beliau antara 30 sukarelawan yang menyumbang tenaga untuk memastikan kegiatan Ramadan di Masjid Sultan berjalan lancar.

Pada Ramadan ini, suasana di masjid berusia 200 tahun itu cukup semarak dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan agihan bubur.
Bubur Masjid Sultan sudah menjadi semacam kemestian bagi ramai umat Islam untuk menikmati bubur Ramadan yang disediakan Masjid Sultan.
Bubur yang diagihkan itu masih mengikut tradisi lama iaitu bubur yang berempah dengan daging kambing.
Setiap hari sehingga 1,000 bungkus bubur diagihkan dan sehingga 1,500 jemaah berbuka di sini.
Berkat sumbangan para sukarelawan juga, Masjid Sultan terus menjadi tumpuan warga tempatan mahupun pelancong dari luar negara, lebih-lebih lagi pada Ramadan ini.
Untuk 10 hari terakhir Ramadan ini, suasana masjid terus semarak dengan Qiyamullail.
Kira-kira 450 orang sertai Qiyamullail dan pihak masjid menjangkakan sehingga 800 jemaah pada hujung minggu ini.

"Ramai dalam kalangan jemaah ini anak-anak muda. Mungkin mereka pergi ke bazar dan datang ke sini. Kita juga lihat pelawat contohnya pelawat dari rantau ini, orang dari Indonesia, Malaysia, mereka datang ke sini," kata Pengurus Kanan Masjid Sultan, Ustaz Mohamed Qusairy Thaha.
ULANG TAHUN KE-200 MASJID SULTAN
Masjid ikonik ini juga menyambut ulang tahun ke-200 tahun ini.
Pelbagai rancangan dilakarkan termasuk pancaran lampu pada permukaan masjid pada Ramadan ini dan lebih banyak acara boleh dijangkakan pada Oktober ini.
"Insya-Allah selain daripada buku yang diterbitkan untuk menyambut 200 tahun pembinaan masjid Sultan, kami juga merancang untuk menganjurkan acara makan malam gala. Selain itu, kami adakan aktiviti lain seperti aktiviti ceramah, karnival di kawasan Kampong Gelam kerana Masjid Sultan adalah sebahagian daripada ekosistem di sini. Jadi kami ingin seluruh masyarakat dan kedai-kedai di Kampong Gelam sama-sama meraikan raikan ulang tahun 200 tahun kami," kata Naib Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Sultan," Encik Mohd Puzi Mohamed.
Menurut beliau lagi, bilangan pelawat asing yang mengunjungi Masjid Sultan kini mencecah 100,000 orang setahun berbanding kira-kira 60,000 orang pada 2015.
"Ini menunjukkan minat yang mendalam untuk mengetahui tentang sejarah Masjid Sultan dan kami lihat juga minat mereka agak berubah sekarang. Mungkin dulu setakat datang melihat kawasan dan seni bina masjid,tetapi sekarang para pelancong yang datang ke Masjid Sultan ingin tahu lebih mendalam tentang Islam.
"Contohnya, ramai pelawat wanita yang ingin mencuba mengenakan tudung atau hijab. Jadi mereka inginkan pengalaman yang mereka dapat dalami lagi tentang agama Islam. Jadi ini saya rasa satu perkembangan yang kami tidak sangka tapi kami cuba untuk memberikan penerangan yang sebaiknya," dedah Encik Puzi.
Lantaran itu, pihak Masjid Sultan kini mempunyai kira-kira 30 'docent' untuk memberi penerangan dalam pelbagai bahasa termasuk Jepun, Perancis dan Mandarin.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.