Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pemandu Uber dijel 4 minggu, dilarang pandu 5 tahun; penumpang maut selepas kereta rempuh pokok

Seorang bekas pemandu Uber dijatuhi hukuman penjara selama empat minggu dan diharamkan daripada memandu selama lima tahun kerana menyebabkan kematian seorang penumpangnya akibat perbuatan cuai pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Sep 2018 08:17PM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 10:03PM

SINGAPURA: Seorang bekas pemandu Uber dijatuhi hukuman penjara selama empat minggu dan diharamkan daripada memandu selama lima tahun kerana menyebabkan kematian seorang penumpangnya akibat perbuatan cuai pada tahun lalu.

Keletihan menyebabkan pemandu itu hilang kawalan kenderaannya pada hari kejadian.

Kereta yang dipandu oleh Muhammad Khalis Muhammad Rizauddin merempuh sebatang pokok di Xilin Avenue dalam kejadian yang berlaku pada sekitar 7.00 pagi pada 8 Julai 2017.

Penumpang keretanya - seorang lelaki dari Filipina mengalami pelbagai kecederaan dan disahkan mati di tempat kejadian akibat nahas tersebut.

Khalis, 23 tahun, kini sedang menjalani latihan bekerja sambil belajar dan akan memulakan hukuman penjaranya pada 3 Disember depan.

Bagi kesalahan menyebabkan kematian akibat perbuatan cuai, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan