Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pemandu dijel 24 tahun, rogol budak 11 tahun

Seorang lelaki 52 tahun dijatuhi hukuman penjara 24 tahun hari ini (5 Mac) kerana melakukan serangan seksual dan merogol jirannya yang berusia 11 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pemandu dijel 24 tahun, rogol budak 11 tahun

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 05 Mar 2018 10:02PM Dikemas Kini : 05 Mar 2018 10:04PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 52 tahun dijatuhi hukuman penjara 24 tahun hari ini (5 Mac) kerana melakukan serangan seksual dan merogol jirannya yang berusia 11 tahun.

Lelaki yang tidak boleh didedahkan namanya itu mengenali budak berkenaan sejak beliau dilahirkan. Dia merupakan rakan rapat keluarga mangsa yang turut memanggilnya "papa".

Sedang keluarga mangsa menyangka anak perempuan mereka mengikuti kelas tuisyen, "papa" sebenarnya membawa mangsa ke tempat letak kereta awam di Bukit Batok di mana dia melakukan seks dalam kereta majikannya. Pada ketika itu, dia bekerja sebagai seorang pemandu. 

Perbuatannya itu berlarutan sekitar empat bulan dari Oktober 2010 hingga Januari 2011 apabila mangsa mendedahkannya kepada seorang kaunselor di sekolah.

Apabila menyedari perbuatannya sudah diketahui, lelaki itu meninggalkan isterinya dan melarikan diri ke Malaysia di mana dia terus menyembunyikan diri di sana selama lima tahun sehingga ditangkap.

Dia mengaku bersalah hari ini terhadap empat daripada sembilan tuduhan, termasuk tiga atas perkosaan teruk dan serangan seksual teruk.

Pihak pendakwa menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya selama 21 tahun.

Atas kesalahan melakukan serangan seksual dan merogol mangsa di bawah 14 tahun ketika itu, lelaki tersebut boleh dijatuhi hukuman penjara selama lapan hingga 20 tahun dan 12 sebatan bagi setiap tuduhan.

Namun, oleh sebab dia berusia lebih 50 tahun, dia tidak boleh disebat.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan