Bekas pemain bola sepak S'pura Md Noh Hussein meninggal dunia
Bekas pemain bola sepak terkenal Singapura pada tahun-tahun 70-an Md Noh Hussein meninggal dunia di Hospital Besar Sengkang pagi tadi (20 Sep).
SINGAPURA: Bekas pemain bola sepak terkenal Singapura pada tahun-tahun 70-an Md Noh Hussein meninggal dunia di Hospital Besar Sengkang pagi tadi (20 Sep).
Beliau berusia 67 tahun.
Berita kematiannya disahkan oleh bekas isteri Allahyarham, biduanita Rahimah Rahim dalam panggilan telefon bersama BERITAMediacorp.
Allahyarham dimasukkan ke Hospital Besar Sengkang sejak Sabtu lalu (18 Sep) setelah mengalami serangan jantung di rumah anak perempuannya, Pearl Noh di Hougang.
Cik Rahimah memberitahu BERITAmediacorp bahawa Allahyarham tidak mempunyai sebarang rekod kesihatan dan ia merupakan kali pertama beliau mengalami serangan jantung.
Sewaktu laporan ini ditulis, BERITAmediacorp dimaklumkan oleh keluarga Allahyarham bahawa jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan akan dikebumikan esok (21 Sep).
Allahyarham bersama-sama rakan seperjuangan seperti Allahyarham Dollah Kassim, berjaya menjulang mahkota Piala Malaysia 1977 setelah Singapura menewaskan pasukan Pulau Pinang 3-2.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.