Bekas pemain badminton negara dijel atas kesalahan seks bawah umur
Ashton Chen dijatuhi hukuman penjara 28 bulan
Gambar hiasan.
SINGAPURA: Bekas pemain badminton negara, Ashton Chen dijatuhi hukuman penjara selama 28 bulan, setelah bersabit bagi tiga kesalahan mengadakan hubungan seks dengan remaja bawah umur, empat tahun lalu.
Dia mengenali remaja perempuan 13 tahun itu secara online dengan menggunakan akaun palsu. Chen bertemu budak perempuan berkenaan sebanyak tiga kali, dan membayarnya sebanyak $160.
Hakim Daerah Hamidah Ibrahim berkata Chen mengambil kesempatan ke atas keadaan budak perempuan itu yang memerlukan wang. Dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda atau disebat bagi setiap kesalahan seksual.
Chen meminta maaf kepada keluarga dan tunangnya atas kesalahan yang dilakukannya itu serta berikrar untuk menjadi individu yang "lebih baik".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.