Bekas pelakon Wah!Banana dibicarakan atas kesalahan rogol wanita ditemui di Tinder
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/levpanf)
SINGAPURA: Seorang bekas pelakon dan penulis skrip di saluran komedi Wah!Banana dibicarakan pada Selasa (16 Mei) atas kesalahan mencabul kehormatan, melakukan serangan seksual dan merogol seorang wanita yang ditemuinya di aplikasi Tinder.
Lev Panfilov, 27 tahun, seorang penduduk tetap Singapura, dituduh merogol seorang wanita yang berusia 30 tahun ketika itu.
Insiden berlaku di biliknya selepas mereka bertemu di sebuah restoran untuk berbincang tentang skrip wanita tersebut.
Panfilov, yang berasal dari Rusia, menuntut dibicarakan pada Selasa terhadap empat tuduhan cabul, serangan seksual dan rogol.
Menurut kes pendakwa, wanita itu menggunakan Tinder untuk bertemu individu baru dan meluaskan lingkungan sosialnya ketika dia menemui Panfilov.
Mereka bersembang di Tinder dan Whatsapp sebelum merancang untuk bertemu. Mereka bertemu buat kali pertama pada 12 Januari 2021 di Wine Connection di Robertson Quay.
Mereka membuat skrip wanita itu bersama sambil makan. Sekitar pukul 10.00 malam, ketika kedai hampir tutup, Panfilov mencadangkan supaya mereka ke unit kodominiumnya untuk meneruskan skrip itu.
Menurut kes pendakwaan, wanita itu setuju dan mereka ke unit tersebut, yang mana Panfilov kongsi dengan rakan serumahnya.
Mereka menonton video-video YouTube tentang pelawak, berbincang tentang prinsip komedi dan melakukan skrip wanita itu di bilik tidurnya.
Menurut kes pendakwaan, Panfilov kemudian memaksa untuk cium mangsa, sebelum mencabul, melakukan serangan seksual dan merogolnya.
Ini meskipun wanita itu "merayu berulang kali untuk dia berhenti" dan Panfilov sedar bahawa wanita itu tidak membenarkan kelakuan seksual tersebut, menurut pendakwa.
Selepas Panfilov menghentikan serangannya, dia memberitahu wanita itu beliau boleh meninggalkan tempat tersebut dan menempahkan kenderaan sewa privet untuk menghantar mangsa pulang.
Perbicaraan masih dijalankan.
Jika sabit kesalahan merogol, Panfilov boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda atau dikenakan sebatan rotan.
Hukuman bagi melakukan serangan seksual melalui penembusan adalah sama seperti hukuman rogol.
Jika sabit kesalahan mencabul, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda, dikenakan sebatan rotan atau gabungan mana

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.