Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pelakon Huang Yiliang mulakan hukuman penjara susuli dakwaan menyerang pekerja

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pelakon Huang Yiliang mulakan hukuman penjara susuli dakwaan menyerang pekerja

Pelakon Ng Aik Leong. (Gambar: Rauf Khan)

SINGAPORE: Bekas pelakon Ng Aik Leong, yang lebih dikenali sebagai Huang Yiliang, akan memulakan hukuman penjara atas kesalahan menyerang seorang pekerja selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi hari ini (4 Feb).

Apabila jurubahasa Mandarin memberitahunya tentang keputusan mahkamah dan soalan hakim sama ada dia mahu menangguhkan hukuman atau masuk penjara serta-merta.

Ng hanya duduk diam sambil menggelengkan kepalanya. Beberapa minit kemudian, dia memutuskan untuk memulakan hukumannya.

BACA: Pendakwa raya gelar penjelasan bekas pelakon di mahkamah sebagai tidak masuk akal

Ng disabitkan semasa perbicaraan kerana menyerang seorang pekerja Bangladesh di Hab Islam Singapura pada tahun 2018.

Hakim, Aedit Abdullah mengekalkan hukuman penjara 10 bulan atas satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Ng juga diperintahkan untuk membayar S$3,300 kepada mangsa sebagai pampasan untuk gajinya, serta kesakitan dan kesengsaraan yang dihadapi mangsa. Jika gagal membayar mangsa, dia akan dipenjarakan lagi tiga minggu.

Ng menyerang mangsa yang sedang membersihkan saluran pengudaraan di kawasan kantin pada 11 Disember 2018, dengan menggunakan pengikis besi.

Dia rasa tidak senang kerana mangsa tidak menggunakan tali yang cukup untuk mengikat beg plastik pada baldi sampah.

Ng membela diri dan mendakwa bahawa mangsa meminta Ng untuk memukulnya.

Ng berkata dia belajar cara untuk melakukan tumbukan palsu semasa zaman lakonannya dan sebenarnya tidak memukul atau mencederakan mangsa.

BACA:Pelakon veteran didakwa pukul lelaki dengan pengerik besi di Hab Islam Singapura

Huang Yiliang mendakwa dialah 'mangsa sebenar', sambil menuduh mangsa adalah 'orang jahat, orang yang berniat jahat' yang cuba memfitnahnya dan cuba 'membunuhnya'

Ng melantik peguam Chung Ting Fai untuk mengemukakan rayuannya di Mahkamah Tinggi hari ini (4 Feb). Encik Chung berhujah menentang tuduhan itu dan meminta hukuman yang lebih ringan.

Encik Chung juga meminta pihak pendakwa untuk mendedahkan rakaman video yang kononnya menunjukkan Ng memalsukan tumbukan dan mangsa pura-pura cedera.

Hakim kemudian menolak kesemua permintaan itu.

Pendakwa raya berkata hukuman yang dijatuhkan oleh hakim perbicaraan "disokong sepenuhnya dengan bukti" dan hukuman itu tidak keterlaluan.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan