Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pelakon Huang Yiliang didakwa rempuh pengayuh basikal dengan van yang dipandu

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pelakon Huang Yiliang didakwa rempuh pengayuh basikal dengan van yang dipandu

Huang Yiliang di Mahkamah Negara pada 30 Nov 2020. (Gambar fail: TODAY/Nuria Ling)

SINGAPURA: Bekas pelakon Ng Aik Leong, yang dikenali sebagai Huang Yiliang, didakwa di mahkamah pada Rabu (11 Sep) kerana merempuh seorang pengayuh basikal dengan sebuah van yang dipandunya.

Akibatnya, pengayuh basikal terbabit, Bhatt Paras Krishna, 27 tahun, cedera parah.

Ng, seorang rakyat Singapura berusia 63 tahun, dikenakan satu tuduhan di bawah Akta Trafik Jalan Raya dengan memandu tanpa pertimbangan yang sewajarnya bagi pengguna jalan raya yang lain.

Menurut kertas pertuduhan tersebut, dia sedang memandu sebuah van di jalan susur Cavenangh Road di Bukit Timah Road, menghala ke Serangoon Road,kira-kira pukul 8.20 malam pada 20 September tahun lalu.

Dia disyaki gagal berwaspada apabila memandu keluar dari jalan susur tersebut lalu merempuh pengayuh basikal terbabit.

Pengayuh basikal itu, dipercayai sedang berbasikal di jalan raya utama Bukit Timah Road, dari sebelah kanan ke kiri Ng, dan berada di laluan yang betul.

Ng diberikan tarikh untuk mengaku bersalah pada 15 November dan ditawarkan ikat jamin S$10,000 (AS$7,600).

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/SS/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan