Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pelajar maktab rendah dikenakan probesyen 21 bulan kerana intip wanita di tandas NUS

 Seorang bekas pelajar maktab rendah yang sering menunggang basikal ke UTown Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk memerhatikan wanita, dan mencerobohi tandas untuk mengintip wanita, dikenakan probesyen 21 bulan pada Isnin (30 Mac).  

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pelajar maktab rendah dikenakan probesyen 21 bulan kerana intip wanita di tandas NUS

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 30 Mar 2020 03:45PM Dikemas Kini : 30 Mar 2020 03:47PM

SINGAPURA: Seorang bekas pelajar maktab rendah yang sering menunggang basikal ke UTown Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk memerhatikan wanita, dan mencerobohi tandas untuk mengintip wanita, dikenakan probesyen 21 bulan pada Isnin (30 Mac).

Zachary Lim Yong Hao, 18 tahun, juga perlu melaksanakan perkhidmatan masyarakat selama 120 jam dan menghadiri program rawatan tingkah laku kognitif khusus bagi kesalahan itu.

Dia mengaku bersalah bulan lepas atas tuduhan menceroboh dan menghina kehormatan wanita, dengan dua tuduhan lain yang dipertimbangkan.

Dia sedang menuntut di maktab rendah yang namanya tidak didedahkan pada Januari tahun lepas apabila dia berhenti seketika di UTown yang terletak di 2 College Ave West untuk menggunakan tandas.

Dia ternampak seorang mahasiswi yang memasuki tandas wanita dan mempunyai keinginan untuk mengikutnya ke dalam, menurut mahkamah.

Selepas itu, dia mempunyai tabiat untuk menunggang basikalnya dari rumahnya di Choa Chu Kang ke UTown setiap Ahad untuk berjalan di kampus itu sambil memerhatikan wanita-wanita di sana.

Pada 17 Mac 2019, dia menunggu hampir sejam di dalam tandas wanita di UTown sehingga dia berjaya mengintip seorang wanita 22 tahun yang sedang membuang air kecil.

Dia meninggalkan tandas itu sebelum pegawai keselamatan tiba, namun dia ditangkap pada Mei, selepas pegawai keselamatan kampus ternampak dia berkelakuan secara mencurigakan di luar tandas wanita itu lalu mengejarnya.

Apabila ditangkap, dia mengaku kesalahannya, dan berkata dia "rasa keseronokan" setiap kali memasuki tandas wanita.

Pihak peguam bela mengatakan Lim sudah tamat pengajian di maktab rendah dan sedang menunggu kemasukan ke universiti. Ibu bapanya perlu membayar bon S$5,000 bagi memastikan tingkah laku baik anak mereka semasa probesyen.

Bagi kesalahan menghina kehormatan wanita, dia boleh dikenakan hukuman maksimum penjara setahun, didenda atau kedua-duanya sekali. Hukuman bagi kesalahan menceroboh adalah penjara maksimum tiga bulan penjara, denda sehingga S$1,500, atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan