Bekas Pelajar Madrasah Al-Arabiah penerima Biasiswa Kemampanan Singapura 2025
Sejak kecil, kesukaan melihat bulan dan bintang telah mencetuskan minatnya terhadap bidang sains.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sejak kecil, kesukaan melihat bulan dan bintang telah mencetuskan minatnya terhadap bidang sains.
Ketika di sekolah rendah pula, Mohd Kasyful Azhim Mohd Kamal Arrifin terpegun dengan inisiatif New Water oleh agensi air negara PUB.
"Saya memang sangat terpegun. Kenapa orang Singapura boleh minum air yang warga negara lain mungkin tidak akan minum? Jadi cara mereka meyakinkan semua orang untuk menggunakan air dari sumber-sumber yang mungkin warga atau negara lain tak akan guna, itu memang sangat bijak dan saya sangat kagum dengan perkara ini," kata beliau.
Minatnya terhadap sains dan kejuruteraan malah terus mekar apabila sekali lagi beliau berpeluang didedahkan kepada bidang tersebut semasa satu lawatan di peringkat sekolah menengah.
"Ketika saya di menengah tiga, saya pergi ke rumah terbuka di Politeknik Ngee Ann dan melihat reruai yang ada. Terdapat sebuah reruai yang mempamerkan demonstrasi di mana penitis plastik yang lembut dimasukkan ke dalam cecair nitrogen. Apabila ia dicampak ke lantai, penitis plastik itu pecah macam gelas. Dari situ, saya menjadi berminat untuk memasuki bidang kejuruteraan kimia."

Bekas pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah itu kemudian melanjutkan pengajiannya di peringkat Diploma dalam Kejuruteraan Kimia dan Biomolekul di Politeknik Ngee Ann.
Dan kini Kasyful menjadi satu-satunya penerima Melayu/Islam bagi Biasiswa Kemampanan Singapura tahun ini dan sedang memburu minatnya dalam bidang Kejuruteraan Kimia di peringkat Sarjana Muda dengan Kepujian di Institut Teknologi Singapura (SIT).
"Biasiswa ini akan mendorong saya untuk menyumbang kepada inisiatif-inisiatif yang mampan di Singapura ataupun kurangkan pembaziran di Singapura," kata Kasyful.
Selain kejayaannya dalam bidang akademik, beliau juga meluangkan masa untuk menyumbang kepada masyarakat Melayu/Islam tempatan, sebagai seorang ahli lembaga pelajar di Al-Mizan, satu rangkaian bukan mencari untung di bawah AMP.

Matlamat Al-Mizan adalah untuk memperkasa masyarakat Islam untuk membina Singapura yang lebih mampan.
"Al-Mizan lebih kepada sebuah rangkaian yang bertujuan untuk mendapatkan pendedahan lebih mendalam tentang amalan kemampanan dan berkenalan dengan individu-individu yang telah memberi sumbangan dalam bidang ini. Sebagai pelajar, kami masih belum banyak membuat sumbangan secara langsung. Jadi apabila terdapat orang yang sudah menyumbang kepada inisiatif kemampanan, kami boleh belajar daripada mereka dan membawa semangat itu ke arah kejayaan kami pada masa hadapan," kata Kasyful.
"Walaupun itu adalah salah satu tujuan, fokus utama kami adalah untuk membantu masjid-masjid mengurangkan pembaziran. Bukan sahaja di masjid, tetapi juga dalam kalangan masyarakat Islam secara keseluruhan," tambahnya lagi.

Biasiswa tersebut mengenal pasti individu berpotensi menjadi pemimpin masa depan yang mempunyai semangat dalam pemeliharaan alam sekitar, dan membimbing mereka untuk menangani cabaran perubahan iklim, kemampanan, daya tahan sumber air dan keselamatan makanan di Singapura.
"Harapan saya adalah untuk melihat Singapura jadi satu negara yang berdikari dan di semua bidang, bukan hanya air ataupun makanan, tetapi di semua bidang. Dan memang dunia kita ini memang saling berhubung. Saya rasa itu adalah satu harapan saya untuk melihat itu," kongsi Kasyful.
Selepas tamat pengajian, beliau akan memulakan kerjaya bersama agensi air negara PUB dan akan terlibat dalam inisiatif yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/HD/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.